awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua rentung: Kebakaran dilakukan anak mangsa - Polis
Pemasangan pengecas EV perlu strategik, kerajaan digesa atasi isu sambungan grid
Ketibaan pelancong asing ke Thailand turun 7.25%, Malaysia kekal penyumbang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM

Bernama
Bernama
12/02/2025
13:58 MYT
Perhalus kelulusan projek ICT kerajaan melalui pendekatan EA - PM
Anwar berkata ia perlu mengambil kira kolaboratif merentas agensi, perkongsian infrastruktur, data, maklumat dan perkhidmatan selaras dengan hasrat kerajaan dalam perbelanjaan berhemah. - Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua kementerian serta agensi yang terlibat untuk memperhalus kelulusan projek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan melalui pendekatan enterprise architecture (EA) secara holistik.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata ia perlu mengambil kira kolaboratif merentas agensi, perkongsian infrastruktur, data, maklumat dan perkhidmatan selaras dengan hasrat kerajaan dalam perbelanjaan berhemah.
"Saya tegaskan kepada kementerian dan agensi terlibat agar mematuhi jadual pelaksanaan yang ditetapkan bagi memastikan hasil inisiatif tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Anwar berkata perkara itu telah dimaklumkan selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) dengan pembentangan kemajuan pelaporan terkini berkaitan agenda transformasi negara yang menunjukkan perkembangan positif.
Beliau berkata laporan itu antaranya termasuklah perkhidmatan Wi-Fi di Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis yang telah selesai dinaik taraf serta penambahbaikan yang akan diperluas kepada 13 institusi pengajian tinggi awam, 24 institusi pendidikan politeknik dan 43 kolej komuniti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kelulusan projek
#Teknologi Maklumat
#ICT
#enterprise architecture
#EA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan