awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan pantau kemunculan beruang di Dungun

Bernama
Bernama
26/05/2025
14:50 MYT
Perhilitan pantau kemunculan beruang di Dungun
Loo meminta orang ramai supaya segera menghubungi Perhilitan sekiranya terserempak haiwan itu dan segera beredar dari lokasi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. -Gambar Bernama
KUALA TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sedang memantau kemunculan seekor beruang yang didakwa berkeliaran di sekitar kawasan Bukit Bauk dan Batu 7 di Dungun sejak beberapa hari lepas.
Pengarahnya Loo Kean Seong berkata anggota Perhilitan Dungun telah dikerah menjalankan pemantauan di lokasi berkenaan selepas menerima laporan berkaitan haiwan itu.
"Setakat ini beruang itu didapati telah beredar dari kawasan berkenaan, tetapi pihak kami masih menjalankan pemantauan di kawasan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau meminta orang ramai supaya segera menghubungi Perhilitan sekiranya terserempak haiwan itu dan segera beredar dari lokasi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Terdahulu tular satu video berdurasi 10 saat menerusi media sosial memaparkan seekor beruang berkeliaran dipercayai di kawasan Bukit Bauk dan Batu 7 di Dungun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#media sosial
#Perhilitan
#beruang
#pemantauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan