awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKM saman dua syarikat klinik tidak berdaftar, keputusan representasi 13 Mac
Selangor bakal suaikan dasar kemasukan murid tahun satu usia enam tahun sekolah agama
331 kes ubah wang haram libat bekas CEO, tiga akauntan GISB dibicara di hadapan hakim sama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan: Beberapa laluan di pusat bandar raya dilencongkan esok - Polis

Bernama
Bernama
25/07/2025
09:05 MYT
Perhimpunan: Beberapa laluan di pusat bandar raya dilencongkan esok - Polis
Mohamed Usuf menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar serta mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama di sekitar pusat bandar raya ini dijangka mengalami lencongan trafik berikutan perhimpunan anjuran pembangkang di Dataran Merdeka, esok.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata perhimpunan itu melibatkan lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan Kompleks SOGO sebelum peserta dijangka bergerak ke Dataran Merdeka.
Beliau berkata lencongan kenderaan akan dilaksanakan bergantung kepada keadaan semasa bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pengguna jalan raya.
"Antara laluan berkemungkinan terlibat dengan pelaksanaan lencongan termasuk Jalan Maharajalela (susur ke Jalan Syed Putra), Jalan Kinabalu (U-turn Public Bank), Bulatan Sultan Mohamad, Jalan Kinabalu (susur ke Terowong Bukit Aman dan Bulatan Dato' Onn) serta bahagian kiri dan kanan atas Bulatan Dato' Onn.
"Turut dijangka terlibat ialah laluan dari arah Jalan Parlimen ke Bulatan Dato' Onn, Jalan Sultan Salahuddin ke Bulatan Dato' Onn, Jalan Kuching (susur ke Jalan Sultan Ismail), Jalan Kinabalu dari arah Bulatan Segambut dan Masjid Negara ke Bulatan Dato' Onn," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohamed Usuf menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan di pusat bandar serta mematuhi arahan anggota polis trafik yang bertugas di lokasi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau Balai PolisTrafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Himpunan Turun Anwar
#Mohamed Usuf Jan Mohamad
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan