awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan haram tindakan tidak demokratik - Tun Dr Mahathir

Bernama
Bernama
01/01/2014
11:22 MYT
Perhimpunan haram tindakan tidak demokratik - Tun Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perhimpunan haram yang diadakan pada sambutan ambang tahun baharu malam tadi dan menyifatkannya sebagai tindakan tidak demokratik.
Katanya kumpulan yang menghadiri perhimpunan berkenaan sengaja ingin menimbulkan masalah kepada majoriti orang ramai yang tidak terlibat dengan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Sebagai negara demokratik, memanglah kumpulan minoriti juga mempunyai hak. Tapi, mereka tidak mempunyai hak untuk mengganggu kehidupan kumpulan majoriti yang mahu menyambut tahun baharu, demokrasi apakah ini?" katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Rabu.
Malam tadi, beribu-ribu penunjuk perasaan mengganggu sambutan ambang tahun baharu di Dataran Merdeka di sini sehingga memaksa majlis itu ditamatkan lebih awal.
Dr Mahathir berkata penunjuk perasaan terbabit menafikan hak asasi kumpulan majoriti dengan melakukan perbuatan itu pada waktu dan di tempat yang salah.
"Kalau nak buat juga, buatlah di tempat lain, jangan ganggu orang lain...kumpulan minoriti memang ada hak, tapi jangan gunakannya dengan menafikan hak kumpulan majoriti," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas tentang 11 langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam, Dr Mahathir berkata beliau gembira dengan langkah itu.
Topic Berkaitan
#Ambang 2014
#Mahathir Mohamad
#perhimpunan haram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan