awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peribadi pemimpin yang baik, belum tentu kepimpinannya hebat - Mufti Wilayah

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
28/05/2018
10:06 MYT
Peribadi pemimpin yang baik, belum tentu kepimpinannya hebat - Mufti Wilayah
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohd Bakri berkata seorang pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik belum tentu boleh membentuk kepimpinan yang hebat. -Foto BERNAMA
Pemimpin yang baik tidak semestinya mampu membina kepimpinan yang hebat.
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Zulkifli Mohd Bakri, seorang pemimpin yang mempunyai sahsiah yang baik belum tentu boleh membentuk kepimpinan yang mantap.
“Baiknya seorang pemimpin boleh jadi ia hanya terhad kepada peribadinya sahaja.
“Kerana bukan semua pemimpin mampu melaksanakan urus tadbir dan tugas dengan cekap, mantap dan efisien secara profesional,” katanya dalam kenyataan di laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan hari ini.
Dalam pada itu, melihat segelintir masyarakat yang kerap kali berbicara soal kebaikan pemimpin di media sosial, Zulkifli menggariskan tiga ciri utama kepimpinan yang selari dengan Rasulullah SAW di kota suci Madinah.
Wawasan, misi dan visi yang jelas
Memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperhalusi sesuatu abstrak kepada nyata
Nilai serta akhlak yang unggul
Mampu memupuk nilai kasih sayang, teladan serta mempunyai nilai intergriti dalam diri
Daya ketahanan kental
Mempunyai daya kekuatan hingga mampu menggerakkan semangat orang lain serta mempunyai daya tahan fizikal dan mental.
Selain itu, Zulkifli turut menasihatkan ruang kebebasan berhujah yang lebih luas selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, haruslah diamalkan dengan adab dan tatasusila.
“Selepas PRU, pelbagai isu baharu timbul yang menyebabkan masyarakat minat dengan politik dan sistem pemerintahan negara.
“Namun, keterbukaan idea yang memberi kesegaran minda ini, harapnya dilakukan dengan adab dan tatasusila ketika menegur dan mengkritik,” jelasnya lagi.
Topic Berkaitan
#Atiqah Ismail
#belum tentu
#Datuk Dr Zulkifli Mohd Bakri
#kepimpinan rasulullah
#membina kepimpinan yang mantap
#Mufti Wilayah Persekutuan
#peribadi pemimpin yang baik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan