awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkembangan inkues kematian William Yau

Astro Awani
Astro Awani
20/03/2013
15:24 MYT
Perkembangan inkues kematian William Yau
Koroner Mohd Hezri Shaharil yang mendengar inkues berkenaan, melawat lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang di jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya. Beliau tiba dengan diiringi timbalan pendakwa raya, Lee Keng Fatt dan peguam Goh Kim Lian, mewakili keluarga William. Lawatan turut disertai pegawai polis dari ibu pejabat polis daerah Subang Jaya, ASP Mohd Zainal Abdullah dan beberapa anggota polis lain. Hadir sama, bapa William, Yau Kok Kang, 32, dan ibu kanak-kanak malang berusia enam tahun itu, Goh Ying Ying, 26. Dalam lawatan 20 minit itu, Mohd Hezri dibawa melihat kedudukan dan keadaan longkang yang ditemui pada jarak lima meter dari tempat bapa mangsa meletakkan kereta. Koroner itu juga dibawa melawat sebuah kedai elektrik yang disinggah ibu bapa William, serta satu lagi longkang kira-kira 200 meter dari kedai elektrik berkenaan. Mayat William ditemui pada 24 jan lepas di jeti Kampung Sungai Sireh selepas dilaporkan hilang pada 16 Jan. Prosiding inkues akan disambung selama tiga hari mulai 22 April.
Topic Berkaitan
#mati
#Subang Jaya
#William Yau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan