awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkeso terima lebih 37,000 permohonan ERP

Bernama
Bernama
16/12/2020
05:37 MYT
Perkeso terima lebih 37,000 permohonan ERP
Perkeso menerima 77,882 permohonan daripada majikan yang mewakili 782,904 pekerja bagi Program Subsidi Upah (PSU).
KUALA LUMPUR:Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menerima sejumlah 37,901 permohonan bagi Program Pengekalan Pekerjaan (ERP) daripada majikan yang mewakili 340,252 pekerja dalam tempoh 16 Mac sehingga 27 Nov lepas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata daripada jumlah permohonan itu, kerajaan telah membelanjakan RM211.33 juta bagi membantu majikan dan pekerja menerusi program ERP.
''Kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 termasuk pekerja, seperti proram ERP yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi.
''Menerusi program ini, majikan dan pekerja yang terjejas pendapatan akibat wabak itu telah mendapat manfaatnya,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Sabani Mat yang meminta kementerian itu menyatakan usaha yang dicapai hasil pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara hari ini.
Dalam tempoh yang sama, Awang berkata Perkeso menerima 77,882 permohonan daripada majikan yang mewakili 782,904 pekerja bagi Program Subsidi Upah (PSU).
Katanya, kerajaan telah membelanjakan RM239.35 juta bagi manfaat pekerja menerusi PSU.
ERP dan Perkeso diperkenalkan kerajaan dalam Pakej Ransangan Ekonomi pada 16 Mac lepas bagi membantu majikan dan pekerja yang terjejas akibat pendemik COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkeso
#Program Pengekalan Pekerjaan
#Awang Hashim
#pandemik
#COVID-19
#sumber manusia
#pekerjaan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan