MALAYSIA
Perkhidmatan awam junjung titah Agong, komited dukung konsep berkecuali - KSN

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata anggota perkhidmatan awam akan terus komited mendukung konsep berkecuali, tidak berpihak dan kerajaan yang memerintah. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata anggota perkhidmatan awam akan terus komited mendukung konsep berkecuali, tidak berpihak dan kerajaan yang memerintah.
Ringkasan AI
- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan penjawat awam komited untuk kekal berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana parti politik.
- Prinsip ini penting bagi menjamin tadbir urus yang baik serta pelaksanaan dasar kerajaan tanpa pengaruh politik.
- Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menitahkan agar penjawat awam mengutamakan kepentingan rakyat dan negara serta tidak tunduk kepada arahan politik.
Beliau berkata komitmen itu menjadi tulang belakang kepada pelaksanaan dasar kerajaan dan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap.
Shamsul Azri juga berkata sebagai jentera utama kerajaan, perkhidmatan awam beriltizam untuk melaksana serta menterjemah semua dasar yang diputuskan oleh kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara.
Sultan Ibrahim dalam Titah Diraja pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini meminta penjawat awam agar sentiasa mengutamakan kepentingan negara dan rakyat.
Seri Paduka Baginda bertitah pegawai kerajaan haruslah memastikan setiap keputusan yang dibuat mengikut syarat serta peraturan ditetapkan dan bukan mengikut telunjuk orang politik.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami