KUALA LUMPUR: Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata LTSAAS kini sedang menjalani pengubahsuaian dan pelarasan diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
"Ia hanya untuk fasa pertama iaitu bagi tempoh tiga tahun pertama, bagi jangka sederhana, terminal baharu di Subang akan dibina bagi menggantikan Terminal Skypark," katanya kepada pemberita selepas perasmian kemudahan penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO) baharu Execujet di Subang, hari ini.
Hangar Execujet seluas 149,500 kaki persegi terletak di Subang boleh memuatkan sehingga 15 jet perniagaan sederhana dan besar secara serentak termasuk kabin ultra-besar Dassault Falcon 6X dan Falcon 10X.
Loke berkata terminal baharu itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk disiapkan, justeru beberapa pelarasan sedang dibuat untuk operasi jet dimulakan dengan segera.
Beliau juga berpendapat industri penerbangan merupakan antara industri yang paling pesat berkembang di rantau Asia Pasifik bukan sahaja untuk syarikat penerbangan komersial tetapi juga untuk segmen jet perniagaan.
"Ia adalah segmen yang sangat penting, oleh itu kita berpotensi menarik segmen khusus (jet perniagaan) ini. Malaysia berpotensi untuk menjadi hab MRO di rantau Asia Pasifik.
"Asia Pasifik ialah pasaran penerbangan perniagaan ketiga terbesar dan paling pesat berkembang di dunia selepas Amerika Utara dan Eropah," katanya.
Selain itu, beliau berkata Asia Pasifik dijangka akan menyumbang 11 peratus daripada semua penghantaran jet perniagaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang, memacu permintaan untuk MRO penerbangan perniagaan.
Menerusi Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP), Loke berkata Malaysia menyasarkan untuk menguasai perniagaan penyelenggaraan pesawat untuk perniagaan dan jet peribadi dari rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Hong Kong dan Filipina.
Beliau juga berkata kementerian mengalu-alukan lebih ramai pelabur datang ke Malaysia untuk melabur dalam industri aeroangkasa khususnya di Subang yang boleh menyumbang ke arah ekosistem aeroangkasa yang lebih besar.
Mengenai Skypark Link, Loke berkata kerajaan tidak pernah mengabaikan terminal kereta api itu dan ia masih diselenggara walaupun perkhidmatan itu telah digantung, ia akan disambung semula kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 02 2024
Loke berkata terminal baharu itu akan mengambil masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk disiapkan, justeru beberapa pelarasan sedang dibuat untuk operasi jet dimulakan dengan segera. - Gambar Bernama
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
United berisiko ditendang daripada saingan Liga Europa
Manchester United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
[TERKINI] Polis siasat pengawal peribadi 'diraja' disyaki pukul pemandu e-hailing
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Jemaah haji kumpul pahala melalui penyertaan bersama Sahabat Maktab
Pasangan suami isteri muda dan tiga beradik berusia antara 15 hingga 23 tahun gigih mahu membantu jemaah haji lain dengan menyertai Sahabat Maktab dan menganggap beri bantuan kepada jemaah lain adalah lubuk mengumpul pahala di Tanah Suci.
Perkhidmatan jet di Subang mula beroperasi pada suku ketiga 2024 - Menteri Pengangkutan
Perkhidmatan jet di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang akan mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
MAVCOM lakukan pemeriksaan di KLIA, LTSAAS pastikan kelancaran sempena Aidilfitri
Hampir 700,000 penumpang dijangka menaiki penerbangan sepanjang tempoh Hari Raya Aidilfitri.
Kabinet lulus naik taraf Lapangan Terbang Subang sebagai hab serantau
Fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder.
Balu juruterbang helikopter terhempas tuntut mayat di HRPB Ipoh
Wanita berkenaan tiba di perkarangan Jabatan Forensik kira-kira jam 10.40 pagi.
Invest Selangor komited pacu hab penerbangan perniagaan dan am menerusi SAS 2022
Invest Selangor terus komited merangsang hab penerbangan perniagaan dan am negara dengan menganjurkan Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS2022).
Perkhidmatan e-hailing semakin pulih di LTSAAS
Lebih tiga jam berada di sana, hampir setiap 10 minit, pasti akan hadir pemandu e-hailing, berhenti di checkpoint disediakan untuk mengambil penumpang.
Parlimen: Kerajaan ulang pendirian tidak luluskan penjualan atau pengambilan LTSAAS
Hak dan operasi lapangan terbang itu masih seperti yang diperuntukkan dalam perjanjian pajakan sebelum ini.
Kelulusan kerajaan penting bangunkan lapangan terbang Subang - MAHB
MAHB masih memiliki pajakan selama 60 tahun iaitu sehingga tahun 2067 ke atas tanah yang terletaknya LTSAAS buat masa ini.
MAHB, Skyports, Volocopter jalin kerjasama kaji pelaksanaan vertiport di Malaysia
Kaji pelaksanaan perkhidmatan teksi udara elektrik revolusi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang serta lokasi lain.