awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkhidmatan KTM stesen KL - Kepong beroperasi semula Isnin

Bernama
Bernama
25/08/2017
23:24 MYT
Perkhidmatan KTM stesen KL - Kepong beroperasi semula Isnin
Isnin lepas, perkhidmatan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang dan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir di Km 386.900. - Gambar fail
Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong akan dibuka seperti biasa Isnin depan selepas mengalami gangguan sejak Isnin lepas berikutan insiden kegelinciran kargo.
KTMB dalam kenyataan hari ini berkata sehubungan itu, operasi tren KTM Komuter akan menggunakan satu landasan sahaja antara Stesen KL Sentral dan Kepong pada Sabtu dan Ahad manakala perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) pula akan beroperasi seperti biasa bagi semua laluan.
"Perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang-Batu Caves akan beroperasi dengan kekerapan 45 minit manakala laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan beroperasi dengan kekerapan antara 30 minit hingga satu jam," menurut kenyataan itu.
Isnin lepas, perkhidmatan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan Batu Caves-Tampin/Pulau Sebang dan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim mengalami gangguan berikutan sebuah tren kargo tergelincir di Km 386.900 iaitu di antara Stesen Kuala Lumpur dan Kepong.
Kejadian yang berlaku kira-kira 1.32 pagi itu menyebabkan satu daripada landasan tersebut terhalang.
Orang ramai boleh menghubungi pusat panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau melayari www.ktmb.com.my, media sosial Facebook dan Twitter KTMB, untuk mendapatkan perkembangan terkini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dibuka
#gangguan
#kargo
#Keretapi Tanah Melayu Berhad
#KTMB
#laluan
#Stesen Kuala Lumpur
#tergelincir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan