KUALA LUMPUR:Bukit Aman mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali pada Khamis untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata siasatan dijalankan terhadap selebriti itu kerana dipercayai memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video Azwan Ali kerana didapati telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.
"Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Tambah Huzir, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pada 21 Januari 2021, Azwan Ali (DIVA AA) telah dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan.
"Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut," katanya lagi.
BACA: Hina petugas Hospital Putrajaya, Azwan Ali didenda RM17,000
PDRM mengesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.
Tegas Huzir, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.
Fareez Azman
Thu Jan 21 2021

Pada 21 Januari Azwan telah dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan. - Gambar fail

New Zealand siap sedia adakan pilihan raya umum di tengah risiko kemelesetan ekonomi
New Zealand sedang bersiap sedia mengadakan pilihan raya umum pada 14 Okt, menyaksikan kira-kira 3.8 juta pengundi berdaftar memilih 120 Ahli Parlimen.
[TERKINI] Keputusan subsidi ayam dan telur dalam tempoh dua hari lagi
Keputusan berkaitan subsidi mengambil kira jualan yang mula dipasarkan di bawah harga siling serta bekalan di pasaran yang semakin stabil.
PM Thailand beri jaminan tidak jejas keyakinan pelancong
Dua individu maut dalam insiden tembakan di Pusat Beli-belah Siam Paragon, Bangkok pada Selasa.
Unjuran inflasi Malaysia kekal paras 3.1 peratus
Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dengan pelaburan langsung domestik dan pelaburan langsung asing yang agak kukuh.
AWANI Ringkas: 15 Ketua Perwakilan Diplomatik baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Angka korban kebakaran majlis perkahwinan di Iraq meningkat kepada 119
Angka kematian akibat kebakaran di sebuah majlis perkahwinan di Wilayah Nineveh Iraq meningkat kepada 119 selepas lebih 20 orang maut akibat melecur teruk.

Wabak pepijat di Perancis ibarat 'neraka' - Menteri Kesihatan
Menteri Kesihatan Perancis Aurelien Rousseau pada Selasa meminta masyarakat supaya bertenang susulan wabak pepijat yang melanda Perancis, khususnya di Paris.

Sarawak komited ke arah ekonomi digital - Abang Jo
Kerajaan negeri komited dalam mencapai matlamat ke arah penggunaan ekonomi digital, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Malaysia minta pengeluar beras ASEAN utamakan negara anggota
Malaysia akan menyuarakan kepada negara pembekal beras utama ASEAN supaya memberikan keutamaan mengeksport makanan ruji itu kepada negara anggota.

Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Agong berkenan lantik 15 Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia baharu
Istiadat tersebut turut dihadiri Menteri Luar , Zambry Abd Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian, Amran Mohamed Zin.

New Zealand minat teroka peluang kolaborasi dengan Malaysia berkaitan Orang Asli
Gabenor Jeneral New Zealand Dame Cindy Kiro berkata New Zealand berminat untuk mempelajari lebih lanjut mengenai masyarakat Orang Asli di Malaysia.

Hubungan dua hala Malaysia, New Zealand kini lebih kukuh - Agong
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah hubungan dua hala antara Malaysia dan New Zealand kini lebih kukuh.

Gabenor Jeneral New Zealand diberi sambutan negara di Istana Negara
Ketibaan Kiro bersama pasangannya Dr Richard Davies pada 11 pagi disambut Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada atlet negara rangkul emas di Sukan Asia
Menerusi perkongsian di laman Facebook Istana Negara, hari ini, Raja Permaisuri Agong,Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah.

Agong berkenan sertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyertai Pertandingan Golf Amal Istana Negara dan Perkhidmatan Awam 2023 di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) Kuala Lumpur hari ini.

Agong berkenan berangkat ke majlis bacaan yasin sempena Hari ATM ke-90
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan khutbah khas sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-90 di Masjid Khalid Bin Al-Walid hari ini.

Kualiti kerja rendah punca jalan rosak semula - Shahelmey
Beliau berkata pihak JKR daerah sepatutnya telah memeriksa dan memantau kerja yang telah dilakukan sebelum itu dengan lebih teliti.

Maulidur Rasul: Malaysia capai kejayaan jika berpegang syariat Islam, nilai murni Rasulullah - Agong
Negara akan mencapai puncak kejayaan hakiki sekiranya terus berpegang kepada syariat Islam dan nilai-nilai murni serta akhlak tinggi Rasulullah SAW dalam tadbir urus negara.

Sambutan Maulidur Rasul: Agong seru ambil iktibar kejatuhan tamadun akibat fitnah
Titah Baginda, akhlak mulia Rasulullah SAW telah membawa Islam menjadi kuasa besar serta tamadun yang hebat di dunia.