awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlis dijangka beralih ke Fasa 2 minggu hadapan - Menteri Besar

Bernama
Bernama
01/07/2021
09:52 MYT
Perlis dijangka beralih ke Fasa 2 minggu hadapan - Menteri Besar
"Perlis cuma satu sahaja indikator belum capai untuk beralih kepada Fasa 3 PPN sebenarnya, berikutan tahap vaksinasi dua dos belum mencapai pada kadar 40 peratus," kata Datuk Seri Azlan Man. - Gambar fail BERNAMA
KUALA PERLIS: Perlis dijangka beralih kepada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selewat-lewatnya minggu hadapan namun bergantung pada keputusan kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.
Beliau berkata, perkara berkenaan akan dibentangkan pada mesyuarat khas bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) esok bagi membolehkan kelonggaran diberikan kepada Perlis susulan beberapa indikator yang ditetapkan oleh MKN telah dan sedang dipenuhi.
"Saya telah meneliti beberapa keluhan rakyat Perlis yang dikemukakan di pelbagai platfom komunikasi seperti aplikasi Facebook, WhatApps dan sebagainya. Ada beberapa input yang bagus dan mengena pada negeri ini. Saya bentangkan kepada kerajaan Pusat untuk diteliti dan diberi kelonggaran.
"Perlis cuma satu sahaja indikator belum capai untuk beralih kepada Fasa 3 PPN sebenarnya, berikutan tahap vaksinasi dua dos belum mencapai pada kadar 40 peratus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Perlis hanya memerlukan sekitar 26 peratus lagi dalam kalangan penduduknya untuk menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 bagi membolehkan negeri itu memasuki Fasa Tiga PPN iaitu membenarkan pergerakan bebas dan melakukan aktiviti ekonomi tanpa sekatan.
Sehingga kini, kira-kira 25 peratus penduduk Perlis telah menerima suntikan dos pertama vaksin manakala 14 peratus pula telah melengkapkan dua dos vaksin.
Tiga indikator perlu dipatuhi bagi membolehkan Perlis bergerak kepada Fasa 2 PPN ialah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana dan kadar vaksinasi bagi populasi yang telah menerima dua dos lengkap mencapai 10 peratus.
Beliau berkata, kerajaan negeri kini telah mempergiatkan usaha di peringkat akar umbi bagi membolehkan proses vaksinasi dapat dilakukan dengan segera.
Media sebelum ini juga turut melaporkan Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih kepada Fasa 2 PPN minggu depan.
Keputusan untuk menamatkan sekatan pergerakan penuh di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai ambang di negeri-negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil PPN.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam menegaskan, Malaysia masih di Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam PPN memandangkan tiga indikator nilai ambang utama belum dicapai. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perlis
#Fasa 2
#Pelan Pemulihan Negara
#tiga indikator
#dua dos suntikan vaksin
#Menteri Besar
#Azlan Man
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan