Perlis pada fasa akhir kajian untuk wujud lapan pekan baharu - MB

Mohd Shukri bergambar selepas membentangkan Belanjawan 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis (Mesyuarat Ketiga, Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri Perlis ke-15) hari ini. - Foto Bernama
KANGAR: Kerajaan Perlis kini pada fasa akhir kajian untuk mewujudkan lapan pekan baharu yang dijangka mengubah landskap pembangunan negeri berkenaan.
Ringkasan AI
- Kerajaan Perlis dalam proses kajian akhir untuk mengwujudkan lapan pekan baharu yang dijangka memberi impak besar kepada pembangunan negeri tersebut.
- Pekan baharu akan menumpukan kepada kegiatan ekonomi serta infrastruktur yang memberi faedah langsung kepada penduduk, dan akan digazetkan mulai Mac 2026 bersamaan dengan Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040.
- Program Sumbangan Beras Prihatin Perlis akan dilaksanakan dengan peruntukan RM105,000 tahun depan, menyasarkan golongan B40 dengan pengagihan beras secara bulanan melalui pusat khidmat wakil rakyat untuk memastikan kecukupan makanan asas.
Beliau berkata kepada pemberita selepas membentangkan Belanjawan 2026 Perlis bertemakan "Perlisku Bestari Rakyat Sejahtera" di Kompleks Seri Putra di sini hari ini.
Mohd Shukri berkata lokasi pekan baharu itu akan ditentukan menerusi kajian berkenaan manakala proses penggazetan akan dibuat selari dengan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Perlis 2040 yang menjadi dasar hala tuju pembangunan negeri.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan melaksanakan Program Sumbangan Beras Prihatin Perlis melibatkan peruntukan RM105,000 tahun depan yang bertujuan membantu golongan rentan dalam menangani kos sara hidup.
"Pengagihan beras akan dibuat secara bulanan mulai Januari 2026 melalui pusat khidmat wakil rakyat di semua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan data penerima dirujuk melalui ICU (Pejabat Pembangunan Persekutuan Perlis) dan agensi berkaitan bagi mengelakkan pertindihan.
"Ia bersasar kepada golongan B40, dengan mereka yang berdaftar akan menerima bantuan secara bulanan melalui pusat khidmat. Kita nak pastikan rakyat kita cukup makanan asas dan sihat," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


