KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis memberikan tumpuan terhadap usaha untuk menurunkan peratusan air tidak terhasil (NRW) di negeri itu daripada lebih 60 peratus ketika ini kepada kira-kira 50 peratus pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Awam Perlis Izizam Ibrahim berkata usaha itu penting bagi memastikan bekalan air sentiasa terjamin untuk memenuhi keperluan rakyat di negeri ini, sekali gus dapat mengatasi masalah pembaziran air.
Sehubungan itu, beliau berkata pada masa ini kerajaan negeri tidak memfokuskan kepada isu kenaikan tarif air di Perlis dan tidak membuat permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkaitan kenaikan kadar tarif air tahun depan.
"Perbincangan tentang kenaikan tarif air ini pada peringkat kerajaan negeri itu ada, tetapi tahun depan memang kita tak tumpu nak naik tarif air lagi, saya nak selesaikan masalah air di Perlis ini sebab NRW kita pun 60 peratus ke atas.
"Selain itu, ada kawasan yang masih tak dapat tekanan air yang baik, jadi saya nak beri tumpuan kepada masalah ini dulu, bagi kita salur air kepada rakyat baru kita akan tengok kepada kenaikan tarif air," katanya kepada Bernama pada Khamis.
Izizam berkata kadar tarif air pengguna domestik di Perlis sejak 1996 adalah sebanyak 40 sen bagi satu hingga 14 meter padu, manakala 15 hingga 40 meter padu ialah 70 sen dan kadar bagi 40 meter padu ke atas RM1.10.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023
Kadar tarif air pengguna domestik di Perlis sejak 1996 adalah 40 sen bagi satu hingga 14 meter padu, manakala 15 hingga 40 meter padu ialah 70 sen dan kadar bagi 40 meter padu ke atas RM1.10. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perlis tumpu usaha turunkan peratusan air tidak terhasil tahun depan
Usaha itu penting bagi memastikan bekalan air sentiasa terjamin untuk memenuhi keperluan rakyat di negeri Perlis.
60 peratus bekalan air Sabah adalah air tidak terhasil - Shahelmy
JANS sedang berusaha mengurangkan angka itu dengan melaksanakan beberapa langkah termasuk meningkatkan keberkesanan sistem bekalan.