Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini merasmikan sambutan Hari Warga Emas 2012 peringkat negeri Perlis dengan keyakinan kebajikan warga emas di negara ini akan terus terbela.
Beliau berkata kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) telah membina negara ini dengan baik dan seharusnya setiap rakyat berdoa ke arah kebaikan berpanjangan dan bukan berdoa untuk kemusnahan.
"Walaupun kerajaan telah melakukan pelbagai usaha murni untuk rakyat, saya juga berharap rakyat sentiasa doakan yang yang terbaik untuk kesejahteraan termasuk untuk golongan warga emas," katanya.
Rakyat Malaysia yang telah mencapai usia emas adalah antara golongan yang sentiasa dijaga kebajikan mereka oleh kerajaan termasuk melalui pembentukan Dasar Warga Emas Negara pada 2011.
Md Isa berkata pada masa ini terdapat sebanyak 2.2 juta atau 7.7 peratus daripada 28.3 juta penduduk Malaysia adalah warga emas atau yang berusia lebih 60 tahun dan menjelang 2030 peratusannya meningkat kepada 15 peratus berdasarkan peningkatan taraf kesihatan penduduk.
"Kerajaan berharap melalui dasar yang digubal untuk warga emas akan membolehkan mereka menikmati kehidupan yang produktif dan dapat menyumbang keupayaan mereka kepada masyarakat dan negara," katanya.
Menteri Besar sedih kerana gejala 'Si Tanggang moden' turut berlaku di dalam negara sehingga menyebabkan ibu bapa mereka terlantar dan diabaikan kebajikan mereka secara yang menyayat hati.
Menurutnya statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan antara Januari dan Julai lalu, sebanyak 2,020 warga emas ditempatkan di rumah kebajikan Jabatan
Kebajikan Masyarakat dan 982 daripada adalah berbangsa Melayu. Beliau berkata pada tahun ini sebanyak RM496 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi membantu 150,000 warga emas di seluruh negara di samping pelbagai insentif yang diperkenalkan terutama di sektor kesihatan.
Sempena sambutan yang berlangsung di Denai Larian Pengkalan Asam yang terletak di pinggir Sungai Perlis itu, pelbagai kegiatan diadakan termasuk senam seni warga emas dan pameran jabatan dan agensi selain pameran kereta lama dan skuter.
Sementara itu, bekas guru, Zain Othman, 80 yang merupakan seorang aktivis masyarakat diumumkan sebagai ikon warga emas lelaki manakala bekas guru yang kini seorang usahawan, Azizah Md Taib, 79, diumum sebagai ikon warga emas wanita pada sambutan itu.
Bernama
Sat Nov 24 2012
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Perlis yakin kebajikan warga emas sentiasa terbela
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabtu yakin kebajikan warga emas di negara ini akan terus terbela.