awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan tenaga buruh catat bilangan tertinggi pada suku ketiga 2024 - DOSM

Bernama
Bernama
14/11/2024
14:45 MYT
Permintaan tenaga buruh catat bilangan tertinggi pada suku ketiga 2024 - DOSM
Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berterusan jumlah jawatan sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun. - Gambar DOSM
PUTRAJAYA: Permintaan tenaga buruh pada suku ketiga tahun ini mencatatkan bilangan tertinggi sejak kali terakhir direkodkan pada 2018, iaitu dengan penawaran sebanyak 9.01 juta jawatan, menurut Statistik Guna Tenaga Suku Tahun Ketiga 2024.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan berterusan jumlah jawatan sebanyak 1.2 peratus tahun ke tahun.
"Perkara ini selari dengan kadar pengangguran perlahan sebanyak 3.2 peratus seperti yang dilaporkan dalam Statistik Tenaga Buruh Suku Tahun Ketiga 2024.
"Statistik yang diterbitkan dalam laporan ini berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan terhadap syarikat perniagaan berdaftar dalam sektor swasta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata laporan itu turut menunjukkan bilangan jawatan diisi meningkat sebanyak 1.2 peratus dengan mencapai 8.82 juta jawatan berbanding 8.71 juta bagi tempoh sama pada 2023.
Mohd Uzir berkata trend peningkatan yang konsisten bagi bilangan jawatan diisi itu menggambarkan perkembangan yang berterusan dalam ekonomi semasa.
"Kestabilan ini juga digambarkan dengan pertumbuhan positif tahun ke tahun jawatan diisi bagi semua sektor ekonomi," katanya.
Memperincikan jawatan diisi, beliau berkata sektor pertanian mencatatkan pertumbuhan tertinggi pada kadar 1.8 peratus diikuti sektor perkhidmatan sebanyak 1.6 peratus dan sektor pembuatan sebanyak 1.0 peratus.
Beliau berkata sektor perkhidmatan mendahului dengan 4.65 juta jawatan diikuti sektor pembuatan sebanyak 2.38 juta jawatan dan sektor pembinaan sejumlah 1.24 juta jawatan.
Mengenai kekosongan jawatan yang ditawarkan, Mohd Uzir berkata terdapat 191,800 kekosongan jawatan ditawarkan dalam sektor ekonomi pada suku tahun ini, dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus berbanding 190,900 kekosongan jawatan pada suku tahun ketiga 2023.
Mohd Uzir berkata laporan itu juga menunjukkan Malaysia merekodkan 31,800 jawatan baharu untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelbagai sektor ekonomi, namun menurun sedikit berbanding 32,000 kekosongan jawatan pada suku yang sama tahun lepas.
Beliau berkata terdapat peningkatan sebanyak 2.9 peratus dalam bilangan penduduk bekerja dengan kenaikan sebanyak 1.7 peratus tahun ke tahun dalam sektor perkhidmatan, dan menyifatkan situasi itu selari dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang mendorong kepada momentum positif itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#momentum positif
#sektor perkhidmatan
#tenaga buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan