Permohonan kemasukan Institusi TVET Awam sesi Januari 2026 kini dibuka

Sebanyak 94 institusi di bawah tiga kementerian menawarkan 460 kursus di peringkat ijazah, diploma dan sijil, termasuk UniKL, UCAM, GMI, IKTBN, IKBN dan ADTEC.
KUALA LUMPUR: Permohonan kemasukan pelajar ke Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Awam bagi sesi Januari 2026 dibuka mulai semalam hingga 16 Nov depan.
Ringkasan AI
- Permohonan kemasukan ke Institusi TVET Awam bagi sesi Januari 2026 dibuka mulai 13 Oktober hingga 16 November melalui pautan https://mohon.tvet.gov.my/main/perdana.
- Sebanyak 94 institusi di bawah tiga kementerian menawarkan 460 kursus di peringkat ijazah, diploma dan sijil, termasuk UniKL, UCAM, GMI, IKTBN, IKBN dan ADTEC.
- Pada sesi Julai 2025, sebanyak 182,162 permohonan diterima dan 23,038 calon ditawarkan tempat; pertanyaan boleh dikemukakan melalui emel atau talian yang disediakan.
Institusi berkenaan terdiri daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA, German-Malaysian Institute (GMI), Kolej KEDA dan Kolej RISDA.
Turut tersenarai ialah Kolej KETENGAH, Akademi Kemahiran KEMAS, Kolej Teknologi Termaju (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Kenyataan itu turut menyebut bahawa permohonan dibuka kepada lepasan sekolah, belia serta individu yang berminat membina kerjaya melalui TVET, dan calon yang layak digalakkan merebut peluang mengikuti kursus yang ditawarkan oleh Institusi TVET Awam.
"Pada sesi Julai 2025 lepas, UP_TVET Perdana menerima 182,162 permohonan daripada 42,365 pemohon. Seramai 23,038 calon ditawarkan tempat mengikuti pengajian sepenuh masa di pelbagai Institusi TVET Awam," menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan kemasukan ke Institusi TVET Awam boleh dikemukakan melalui emel di [email protected] atau menghubungi talian berikut 019-2318243, 019-2318264 atau 019-2318291.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami