TANGGA BATU: Pesara guru wanita yang maut selepas ditikam anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, di sini, semalam sempat memohon maaf kepada ibu tirinya sehari sebelum kejadian.
Menceritakan hal itu, Mohamed Hisham Md Dom, 54, yang juga adik mangsa Rozizah, 63, berkata, malam sebelum kejadian dia bersama ibu dan beberapa ahli keluarga singgah ke rumah kakaknya itu dan makan malam bersama.
Katanya, suspek yang juga anak sulung mangsa juga berada di rumah berkenaan, namun, tidak menunjukkan sebarang tindak tanduk yang mencurigakan.
“Ketika saya datang, kakak saya sedang mengaji dan seperti kebiasaan dia menyambut kami dan mengajak kami makan di rumahnya. Kami pun berborak kosong bertanya khabar kerana arwah baru kematian suami sebulan lalu dan saya juga sudah lama tidak menziarahinya.
“Sebelum balik kami bersalaman dan dia cakap dengan mak ‘minta maaf Mak Yah, maaf zahir batin’. Kami terperanjat juga masa itu kenapa dia minta maaf begitu, dan kemudian arwah ada juga cakap ‘kita semua kena ingat, umur kita ini reput dan bila bila masa boleh pergi (meninggal dunia)’,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa di sini pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang semalam, mangsa disahkan maut di kediamannya selepas ditikam dua kali di bahagian kiri dan kanan leher oleh suspek yang juga anak sulung daripada lima beradik.
Suspek yang mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah dan rekod rawatan psikiatri melakukan tikaman berkenaan dengan menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 26 sentimeter (cm) dan mendakwa bertindak demikian selepas terdengar bisikan kononnya ibunya menyembah berhala.
Dalam pada itu, abang mangsa Abbas Md Dom, 66, mengakui sangat terkejut kejadian seumpama itu menimpa adiknya.
“Siapa yang tidak terkejut apabila kejadian seumpama ini menimpa keluarga sendiri dan pelakunya juga darah daging kami… arwah (pula) tidak pernah berkongsi cerita apa-apa sama ada dia ada masalah atau sebaliknya.
“Tetapi apa yang menjadi keutamaan ketika ini adalah kami mahu selesaikan urusan pengebumian dan selain serahkan perkara ini kepada bidang kuasa perundangan, saya harap insiden seumpama ini dijadikan teladan oleh masyarakat,” kata Abbas.
Tambah Abbas, jenazah kakaknya dijadual dikebumikan selepas selesai proses bedah siasat yang dijangka pada lewat petang ini di Tanah perkuburan Islam Tangga Batu, berhampiran pusara Allahyarham suaminya.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jul 06 2022
Inilah kediaman di mana Allahyarham Rozizah Md Dom maut selepas ditikam dua kali di bahagian kiri dan kanan leher oleh suspek yang juga anak sulung daripada lima beradik.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
Fikir dahulu sebelum kongsi di media sosial - Pakar
Dengan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 di Dewan Rakyat, pengguna media sosial disarankan lebih bertanggungjawab dalam menggunakan platform tersebut bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya, Profesor Komunikasi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, menjelaskan bahawa maklumat yang dikongsi di media sosial akan kekal dirakam dalam sistem, menjadikannya mustahil untuk dihapuskan.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara pusat pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Permohonan maaf jadi ungkapan terakhir pesara guru maut ditikam anak
Adik mangsa imbas kenangan pertemuan terakhir sehari sebelum Allahyarham Rozizah maut ditikam anak sendiri.
Suspek tikam ibu kandung, positif syabu
Proses bedah siasat terhadap mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka masih berjalan dan dijangka selesai petang ini.