PASIR MAS:Zon bebas cukai Rantau Panjang di sini yang sunyi sepi susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini, kembali 'hidup' selepas perintah itu ditamatkan di sesetengah jajahan di negeri ini sejak semalam.
Suasana di kawasan membeli-belah itu kembali meriah apabila kebanyakan peniaga mula kembali berniaga seperti mereka yang baru bangun daripada 'tidur' yang panjang untuk mencari rezeki.
Peniaga beg Yakob Abdul Ahad, 43, berkata beliau kembali membuka kedai selepas kerajaan mengeluarkan arahan membenarkan perjalanan rentas daerah dan negeri.
"Sudah beberapa minggu pendapatan peniaga di sini berkurangan. Alhamdulillah saya harap ia akan kembali memeriahkan sedikit suasana berniaga dengan kehadiran pengunjung negeri lain.
"Pengunjung dilihat berkurangan susulan PKPB diumumkan dan ditambah dengan musim banjir melanda negeri ini.
"Jangkaan saya pengunjung akan beransur-ansur datang ke sini," katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Isnin.
Aktiviti perniagaan di zon bebas itu terjejas selepas kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKPB di Kelantan mulai 21 Nov hingga 6 Dis, berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di beberapa daerah dan mukim di negeri ini.
Yakob berkata beliau kini sibuk membersihkan kedainya di Pasar Rantau Panjang yang kali terakhir dibuka pada pertengahan bulan lalu.
Seorang lagi peniaga Indera Muslim, 47, berkata beliau juga kembali membuka perniagaan menjual beg dan baju bermula semalam.
"Sejak bulan lepas kedai ini ditutup dan saya baru sahaja membukanya. Harap-harap pengunjung kembali datang, sekali gus memberikan pendapatan buat peniaga di sini.
"Selain COVID-19, peniaga di sini juga berwaspada jika gelombang banjir seterusnya tiba.
"Tempoh hari, banjir yang melanda tidaklah begitu teruk dan cuaca buat masa ini agak baik serta banjir semakin surut," katanya.
Tinjauan Bernama di sekitar jajahan Pasir Mas juga mendapati cuaca panas terik sejak pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 07 2020
Suasana di kawasan membeli-belah itu kembali meriah apabila kebanyakan peniaga mula kembali berniaga seperti mereka yang baru bangun daripada 'tidur' yang panjang untuk mencari rezeki. Foto: Bernama
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Lim Guan Eng sambut baik zon bebas cukai di Negeri Sembilan
Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyambut baik cadangan kerajaan Negeri Sembilan untuk mewujudkan sebuah zon bebas cukai di projek pembangunan Lembah Wawasan 2.0 (MVV 2.0).
Saya tidak akan pertaruhkan masa depan negara dengan janji manis - Najib
Sebagai perdana menteri, beliau memikul harapan kira-kira 30 juta rakyat di negara ini yang mengharapkan kerajaan menjulang masa depan negara ke satu tahap yang lebih tinggi di masa hadapan.
SPRM bantu Kastam baiki SOP urus Zon Bebas Cukai
SPRM menjalankan pemeriksaan ke atas sistem dan tatacara kerja berkaitan barangan bebas cukai oleh Jabatan Kastam di Zon Bebas Cukai.