SHAH ALAM: Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) Sales Sdn Bhd menawarkan dua pilihan kepada pemilik kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Ketua Pegawai Operasinya, JH Rozman Jaafar berkata, pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
“Perodua juga memberi jaminan kepada pelanggan berkenaan untuk mengutamakan kes beliau.
“Kami juga ingin menepis dakwaan bahawa tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak syarikat untuk menyelesaikan isu ini,” katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.
Sebelum ini, seorang pelanggan wanita meluahkan rasa kecewa apabila kereta Perodua Bezza yang dibelinya pada 17 Oktober lalu rosak dalam masa lapan jam.
Pembeli, Nagakanni Subramaniam memaklumkan, tiada sebarang jawapan dan penyelesaian sehingga kini selain terpaksa membayar ansuran bulanan kereta sebanyak RM537 walaupun masih rosak.
Dalam pada itu, Rozman turut menjelaskan, pihaknya sudah berkomunikasi dengan pelanggan tersebut sejak Oktober tahun lalu.
Tambah beliau, siasatan menyeluruh berhubung isu terbabit sedang berjalan dan bakal berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.
“Kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang timbul dan terima kasih di atas kerjasama diberikan,” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 03 2024
Menurut Perodua, siasatan menyeluruh berhubung isu terbabit sedang berjalan dan syarikat bakal berkongsi maklumat lanjut mengenainya selepas ia selesai.
PRK KKB: 32.51 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi PRK itu sekitar 60 peratus.
Bintang Manchester United, Garnacho dan Onana ucap cepat sembuh kepada Faisal Halim
Bintang Manchester United, Alejandro Garnacho, dan penjaga gol utama, Andre Onana, mengucapkan semoga cepat sembuh kepada pemain negara, Faisal Halim.
PRK KKB: Keputusan diketahui seawal 9 malam ini - SPR
Beliau yakin proses penjumlahan undi akan berjalan lancar, sekali gus membolehkan keputusan dapat diketahui dengan lebih cepat.
Snipping Tools baharu Windows 11 uji ciri kesan kod QR, tambah emoji 3D
Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan.
Palestin sebagai Anggota Penuh PBB: Malaysia sambut baik Resolusi Perhimpunan Agung
Malaysia mengalu-alukan Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menggesa agar Majlis Keselamatan PBB menimbang semula permohonan Palestin.
Reuters nafi keluar artikel Malaysia bakal disenarai hitam Amerika Syarikat
Reuters nafi mengeluarkan artikel yang mendakwa Malaysia bakal menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk disenarai hitam oleh Amerika Syarikat.
Ringgit dijangka didagangkan dalam keadaan berhati-hati minggu depan
Ringgit dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati berbanding dolar AS minggu depan memandangkan pelabur mencari petunjuk baharu daripada data ekonomi yang lebih signifikan.
AWANI Ringkas: Lebih 39,000 pengundi tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan.
AWANI Ringkas: Susulan insiden letupan bom di Narathiwat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perodua keluarkan EV mampu milik hujung tahun 2025 - Zafrul
Perodua telah bekerjasama dengan sebuah syarikat automotif antarabangsa untuk menghasilkan prototaip EV berkenaan.
Perodua setuju beli semula kereta dengan harga penuh - Pemilik Bezza
Perodua juga menawarkan kepadanya untuk membeli kereta kedua dengan kadar pinjaman sama atau menolak tawaran berkenaan dan membeli yang lain.
'Sudah jawab, tapi tiada solusi' - Pemilik kereta baru beli lapan jam rosak
Perodua Sales Sdn Bhd didakwa masih tidak memberi solusi yang tuntas meskipun telah mengeluarkan kenyataan media berhubung isu kereta jenis Bezza yang rosak dalam masa lapan jam walaupun baru dibeli.
Perodua respon isu tular kereta baru beli lapan jam rosak
Pihaknya menawarkan kereta sementara kepada pelanggan tersebut untuk digunakan atau membeli semula unit berkenaan.
Kereta baru beli tidak sampai lapan jam rosak, pusat servis dakwa gula dalam enjin penyebab utama
Pelik tapi benar - enjin kereta baharu itu rosak disebabkan ada benda asing seperti gula!
Perodua sasar 20 peratus jualan EV menjelang 2030
Perodua menyasar kenderaan elektrik (EV) dan hibrid jenamanya menyumbang sehingga 20 peratus daripada jualan keseluruhan kereta baharu menjelang 2030.
Jualan suku ketiga Perodua naik 28.3 peratus, pendaftaran lepasi 230,000
Setakat sembilan bulan pertama tahun ini, Perodua berjaya menghasilkan sejumlah 245,341 unit kenderaan, peningkatan sebanyak 18.6 peratus.
Betamek raih kontrak RM436.5 juta untuk model kereta baharu Perodua
Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik, Betamek Bhd meraih kontrak bernilai RM436.5 juta untuk membekalkan pelbagai komponen elektronik untuk model kereta baharu Perodua.
Bezza terlaris, prestasi pengeluaran, jualan Perodua meningkat separuh pertama 2023
Pengeluaran dan jualan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) untuk separuh pertama 2023, masing-masing meningkat 17 peratus dan 13.6 peratus.
Perodua lancar Axia E mampu milik, harga bermula RM22,000
Perodua melancarkan model Perodua Axia E mampu milik hari ini, menyasarkan terutamanya kepada penunggang motosikal, sekolah memandu dan kumpulan berpendapatan rendah.