Gelagat kumpulan remaja bermotosikal yang membawa bendera parti-parti politik yang bertanding adalah sesuatu yang lumrah di kebanyakan tempat yang memperlihatkan penglibatan aktif mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beriringan dalam satu kumpulan sambil mengibarkan bendera parti, mereka dilihat cukup bersemangat untuk turut serta berkempen.
Memang kebiasaannya ketika musim pilihan raya, tenaga anak muda amat diperlukan terutama memasang bendera atau poster, meramaikan majlis ceramah politik atau kadang-kadang dipergunakan sebagai pengacau untuk menimbulkan masalah atau membuat provokasi kepada kumpulan sasaran.
Belia, dalam PRU13, dilihat sebagai antara kumpulan yang lantang bersuara dalam media baharu seperti di blog, laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram mahupun Youtube yang amat rapat dengan persekitaran hidup mereka.
Sesuai dengan jiwa dan semangat muda yang dimiliki, mereka cepat memberi maklum balas dalam memperkatakan sesuatu isu atau perkara yang dibangkitkan sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.
Disebabkan aktifnya mereka terutama dalam laman sosial, mereka dikatakan boleh mempengaruhi sebahagian besar trend mengundi pada pilihan raya.
Namun kadangkala apabila terlalu ghairah memperkata dan mempertahan apa yang diyakini, atau berbangga kerana pengaruh penting mereka, menyebabkan ada yang hilang nilai-nilai kesopanan, hormat dan sebagainya yang menjadi teras budaya masyarakat timur.
Lebih dibimbangi fahaman politik yang dibawa menuju kepada perpecahan dalam kalangan anak muda itu sendiri.
PENGARUH POLITIK KEPADA GENERASI MUDA
Masih muda dan mentah serta masih belum matang berfikir menyebabkan kebanyakan golongan muda yang terlibat dalam politik biasanya dipengaruhi aliran pendidikan dan keluarga untuk memilih parti yang disokong.
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata kerana itu generasi muda sering dijadikan alat politik untuk menyebarkan pengaruh dan menambah sokongan kepada sesebuah parti politik.
Ini termasuk di institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang mempunyai kelompok politik yang hakikatnya mewakili pihak sama seperti parti politik di luar contohnya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Pembangkang (PR).
"Kesannya ada positif dan negatif... tapi banyak negatif kerana sebahagian besar mereka diajar berpuak-puak dan berkumpulan. Mereka akan mempertahan puak dan kumpulan mereka pada tahap berlebihan.
"Mereka diajar untuk mengutuk, memburuk-burukkan pihak satu lagi dan menyemai kebencian dengan menabur fitnah dan akhirnya apabila sifat itu ada dalam diri mereka, mereka akan hilang rasa hormat dan meninggalkan nilai-nilai murni yang dipegang," katanya kepada Bernama.
Ujarnya, golongan muda tidak dapat lari daripada persekitaran politik dan pilihan raya yang amat banyak mempengaruhi mereka terutama dengan wujudnya media baharu hari ini.
"Budaya politik kita banyak menzahirkan keburukan termasuk caci-mencaci, kutuk mengutuk dalam Facebook dan sebagainya dalam mempertahan parti dan pemimpin masing-masing.
"Yang ini secara tidak langsung akan membentuk remaja dan orang muda mengikut acuan, kumpulan di mana mereka berada. Kalau ibu dan ayah mereka sokong parti A, mereka juga biasanya tidak mempunyai masa untuk menimbang secara rasional lagi, mereka akan mengikut secara emosional, sentimen yang dibawa keluarga, ibu bapa mereka," katanya.
Sekiranya ibu bapa mereka bertindak dengan budaya politik yang kotor dan jahat, mereka juga secara langsung dan tidak langsung mengikuti budaya politik sedemikian.
MELAHIRKAN POLITIK MATANG MELALUI PENDIDIKAN
Pendidikan mampu membina politik matang dalam kalangan generasi muda terutama membezakan fahaman politik umum dan kepartian, katanya.
Pada tahap prasekolah hingga ke sekolah menengah, pemantapan politik umum harus disemai dalam kalangan generasi muda terutama semangat patriotisme, cintakan negara, mempertahan negara serta membina dan memajukan negara.
Namun terdapat parti yang menyemai ideologi kepartian di peringkat prasekolah lagi, yang mewujudkan dua aliran yang akhirnya merumitkan lagi suasana politik negara.
"Terdapat dua aliran sekarang di peringkat prasekolah. Satu ialah tadika Kemas oleh kerajaan, dan satu lagi tadika PASTI yang pada dasarnya menyerapkan konsep keIslaman tetapi dalam masa yang sama menerapkan ideologi politik sejak kecil.
"Ideologi politik itu terus kepada ideologi membenci... mereka didoktrin sejak kecil. Ini yang akan merumitkan lagi politik negara," katanya.
Sementara itu, remaja pula tidak dapat lari dilibatkan secara langsung dan tidak langsung dalam pilihan raya serta menjadi alat untuk berkempen.
Peranan mereka digunakan untuk menampal poster dan jika mereka dalam geng motosikal digunakan untuk membawa bendera, sementara yang melanjutkan pengajian di kolej dan universiti yang pandai dalam teknologi maklumat (IT) digunakan untuk membuat blog bagi menyebarkan maklumat dan provokasi.
"Malah ada dalam kalangan mereka digunakan membentuk kumpulan siber untuk menyerang bagi menyebarkan pengaruh parti atau mempertahan parti.
"Mereka membentuk kumpulan-kumpulan berdasarkan sistem aliran pendidikan yang diterima. Sebagai contoh kawasan berasaskan pendidikan Islam menyokong parti-parti yang aliran Islam, menakala yang sekolah kebangsaan nampak kurang terlibat dalam politik ataupun hanya mengikut keluarga mereka," katanya.
KESAN KE ATAS NEGARA
Ini membentuk kesan yang banyak bila mana golongan muda yang dilatih dalam bentuk kepartian akan meninggalkan fahaman politik umum, mempertahan negara, semangat cintakan negara serta kebangsaan yang tinggi.
Apabila doktrin ini menyusup masuk dalam pemikiran mereka, secara tidak langsung mereka membentuk satu fahaman politik yang menyalahkan orang lain.
Ini yang berlaku kepada generasi muda hari ini yang semangat menyalahkan orang lain itu dibawa ke dalam diri mereka dan apabila satu parti membuat tindakan yang baik sekalipun mereka akan mengkritik, katanya.
Keadaan ini amat membahayakan dan jika ia berterusan sudah pasti akan membantutkan kemajuan negara.
Antara yang paling ketara ketika kempen pilihan raya kali ini ialah menggunakan sentimen agama sebagai alat politik sehingga menyebabkan golongan muda tidak faham tuntutan sebenar agama.
Apa yang difahami mereka mengenai tuntutan agama ialah menegakkan agama Islam melebihi segala-galanya dan lupa bahawa agama itu sangat luas.
Pemahaman sempit terhadap agama yang mewarnai kehidupan mereka itu yang akhirnya merosakkan agama itu sendiri, katanya.
"Toleransi kerajaan terhadap pendidikan rakyat menyebabkan keadaan ini berlaku. Kaji selidik yang dibuat ke atas taska PASTI, kebanyakan pelajar didoktrin dengan fahaman kepartian sebuah parti politik dalam negara. Kemudian kanak-kanak itu membesar dalam semangat keIslaman kepartian iaitu membenci parti A atau B kecuali parti mereka," katanya.
Keadaan ini seolah-olah tidak dapat diperbetul lagi, kerana sistem pendidikan itu terlalu sukar diubah. Ini juga menyebabkan perbalahan sesama Islam itu tidak lagi menjadi kesalahan lagi malah sanggup mengkafirkan orang Islam demi fahaman politik.
"Ini yang diajar kepada anak dan golongan muda... jika sistem pendidikan terutama sistem pendidikan awal ini tidak diselaraskan di peringkat pusat, anak akan membesar dengan fahaman politik yang salah.
"Akhirnya akan membawa menjadi Islam yang bermusuh-musuhan dan inilah yang dikehendali pihak barat, dengan meletakkan demokrasi supaya demokrasi itu terus membentuk umat Islam berpuak-puak dan selamanya umat Islam tidak bersatu dan akhirnya tiada kemajuan yang dicapai oleh orang Islam," katanya.
BUKAN MASA BANGKIT ISU PERKAUMAN
Setelah negara mencapai kemerdekaan selama 56 tahun, isu perkauman masih lagi dibangkitkan, yang menjadi modal tiap kali berkempen ketika tibanya pilihan raya.
Keadaan ini turut mempengaruhi pemikiran golongan muda yang melihat apa yang ada di persekitaran mereka, demikian menurut Abdul Ghapa Harun, pensyarah kanan Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Stategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
"Sepatutnya rakyat Malaysia perlu bersikap lebih matang dan mengasingkan hal-hal berkaitan kepentingan sesuatu kaum ketika berkempen dalam pilihan raya.
"Dengan taraf pendidikan tinggi yang dimiliki rakyat Malaysia hari ini, sepatutnya toleransi antara kaum lebih tinggi," katanya.
Golongan muda pula lebih banyak mengikut acuan yang ada daripada keluarga, pendidikan, masyarakat sekeliling. Untuk melihat perubahan itu, ahli politik, keluarga dan masyarakat harus berubah dan melupakan isu kaum yang dianggap sensitif untuk sebuah negara majmuk seperti Malaysia.
Bernama
Thu May 02 2013
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
Persatuan sukan perlu aktif bukan sekadar anjur jamuan raya - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengarahkan Pesuruhjaya Sukan (PJS) supaya memastikan semua persatuan sukan yang didaftar di bawahnya, bergerak aktif.
Ini lima perkara yang dinyatakan Dr Noor Hisham hari ini
Selangor terus merekodkan kes harian baharu tertinggi dengan 478 kes atau 37.5 peratus daripada kes keseluruhan.
Malaysia catat kes baharu tertinggi COVID-19, ini lima tumpuan sidang media Dr Noor Hisham
Berikut adalah antara tumpuan sidang media oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.
Ahli PAS lebih 1 juta tetapi hanya 806,000 aktif - Takiyuddin
Keahlian Pas sebelum ini mencecah lebih satu juta, namun terdapat kira-kira 200,000 ahli yang tidak aktif.
COVID-19: Kes meningkat mendadak, Tokyo di tahap amaran tertinggi
Kumpulan pakar menjelaskan, situasi semasa jangkitan di bandar itu berada di peringkat tertinggi sistem.
"Kalau hamil lagi saya perlu banyak berehat" - Fasha Sandha
Doa yang baik-baik...
Kaji naikkan kadar geran Rukun Tetangga kepada RM10,000
Pihaknya difahamkan terdapat KRT yang aktif dalam menganjurkan pelbagai program untuk penduduk setempat, namun menghadapi kekurangan dana sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri.
Dr Mahathir akui tidak aktif bersukan
Mengakui ia bercanggah dengan galakan sentiasa bersenam untuk kekal sihat dan cergas, Perdana Menteri secara berseloroh meminta rakyat Malaysia supaya tidak mencontohinya dalam perlakuan berkenaan.
Lebih 50 peratus remaja tidak aktif, amalkan cara hidup sedentari
Kajian Adolescent Health Survey 2017 menunjukkan 81.2 peratus remaja adalah tidak aktif manakala 50.1 peratus remaja gemar duduk sehingga tiga jam tanpa sebarang aktiviti fizikal.
Gunung Agung meletus kembali, muntah batu berapi sejauh 2km
Gunung berapi aktif di Bali kembali meletus, memuntahkan lahar dan debu beberapa kilometer ke udara.