KUALA LUMPUR: Komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan isu doktor kontrak dalam tempoh tiga tahun disambut baik oleh persatuan perubatan.
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Muruga Raj Rajathurai berkata mereka memahami mendapatkan jawatan tetap memerlukan komitmen kewangan jangka panjang yang signifikan daripada kerajaan tetapi buat masa ini, eksekutif boleh meneruskan langkah yang lebih mudah dicapai.
"Selain daripada kekurangan jawatan tetap, terdapat banyak isu lain yang menimbulkan kekecewaan dalam kalangan tenaga kerja penjagaan kesihatan awam yang perlu diberi tumpuan oleh kerajaan untuk menyelesaikannya sekarang kerana beberapa isu tidak memerlukan komitmen kewangan untuk diselesaikan," katanya dalam kenyataan semalam.
Dr Muruga berkata ini termasuklah bagi memastikan waktu kerja yang lebih munasabah untuk keseimbangan kehidupan kerja, ketelusan dalam kriteria pemilihan jawatan tetap, memastikan laluan kerjaya yang betul dan menambah baik persekitaran kerja dengan menghapuskan buli.
Beliau berkata MMA bimbang lebih banyak peletakan jawatan terjadi dalam masa yang sama kerana sesetengah doktor kontrak mungkin tidak sanggup menunggu tiga tahun lagi.
Pada Rabu, Anwar memberi jaminan kepada doktor kontrak bahawa 1,500 daripada mereka akan ditawarkan jawatan tetap pada tahun ini dan kerajaan memerlukan tiga tahun lagi untuk menyelesaikan masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama.
Sementara itu, Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar ketika dihubungi Bernama berkata jaminan kerajaan bagi menyelesaikan isu doktor kontrak sekurang-kurangnya memberi harapan kepada doktor dan keluarga mereka yang terlibat.
"Buat masa ini, kami belum dimaklumkan mengenai strategi dan pendekatan yang dicadangkan kerajaan sebab perkara (melibatkan) perjawatan ini kompleks serta telah lama berlarutan," katanya menambah pihak Kementerian Kesihatan perlu memberikan perancangan jelas bagi meyakinkan doktor kontrak dan penuntut perubatan.
Dalam pada itu, beliau menyifatkan jaminan kerajaan melantik 1,500 perjawatan tetap pada tahun ini sebagai penyelesaian jangka pendek dan mencadangkan kerajaan meneliti perkadaran pelantikan itu dengan bilangan doktor kontrak sedia ada.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2023
Penasihat Pertubuhan Kesihatan Awam Malaysia berkata, jaminan kerajaan bagi menyelesaikan isu doktor kontrak sekurang-kurangnya memberi harapan kepada doktor dan keluarga mereka. - Gambar hiasan
Lebih RM141 juta dibelanjakan untuk Bantuan Prihatin Pahang - MB
Kerajaan Pahang telah membelanjakan lebih RM141 juta bagi program Bantuan Prihatin Pahang (BPP) bermula 2020 sehingga kini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
DUN Johor tergendala, Speaker minta tingkat keselamatan
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi meminta kawalan keselamatan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berlangsung di Bangunan Sultan Ismail dipertingkatkan.
Bayi masih bertali pusat ditemui dalam kotak berhampiran Gua Tempurung
Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di sini pada Ahad.
AWANI Ringkas: Forum Ekonomi Qatar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Julina dilantik Ketua Pengarah JaPen baharu
Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.
Putin lantik penasihat ekonomi sebagai Menteri Pertahanan
Presiden Russia, Vladimir Putin menggugurkan Menteri Pertahanan, Sergei Shoigu dalam rombakan Kabinetnya yang sekali gus menyaksikan perubahan besar kepemimpinan tentera selepas lebih dua tahun berlangsung perang Ukraine.
Mesir akan campur tangan kes ICJ Afrika Selatan terhadap Israel
Tindakan itu menyerlahkan ketegangan semakin meningkat antara kedua-dua negara jiran itu ketika operasi Israel di bandar sempadan Rafah menguji perjanjian jangka panjang dan kerjasama keselamatan.
Lelaki maut dipijak gajah di Gua Musang
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa berusia 29 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.
Malaysia negara ketujuh disinggah kapal TCG Kinaliada F514
Malaysia merupakan negara ketujuh persinggahan kapal perang TCG Kinaliada F514 milik Republik Turki pada Isnin.
KKM pertimbang doktor kontrak lanjut pelajaran peringkat pakar setara Hadiah Latihan Persekutuan - Khairy
KKM sedang mempertimbangkan agar pegawai perubatan kontrak mendapat peluang melanjutkan pelajaran kepakaran ke peringkat Sarjana melalui kemudahan setara dengan Hadiah Latihan Persekutuan.
Segera serap doktor kontrak ke jawatan tetap - UNI-MLC
Tegas beliau, mereka juga merupakan manusia yang memerlukan taraf kerja dan kehidupan yang lebih baik.
Hartal Doktor Kontrak: Jangan ambil tindakan terhadap doktor terbabit protes - Cuepacs
Adnan Mat, berkata meskipun Cuepacs pada dasarnya tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan itu, namun tetap menghormati suara dibawa mereka.
Hartal Doktor Kontrak: PDRM atur penugasan pasukan pemantauan SOP - KPN
PDRM akan mengatur penugasan pasukan pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memantau protes melibatkan doktor kontrak yang dijadual pada Isnin.
Doktor kontrak tidak akan hadir bertugas jika kerajaan gagal beri penjelasan
Gerakan Hartal Doktor Kontrak memberikan tempoh tiga minggu untuk kerajaan menyelesaikan kemelut kedudukan doktor kontrak kerajaan sebelum meneruskan mogok untuk tidak hadir bertugas.