awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persiapan Melaka sebagai tuan rumah WTD 2025 hampir 90 peratus

Bernama
Bernama
03/08/2025
09:45 MYT
Persiapan Melaka sebagai tuan rumah WTD 2025 hampir 90 peratus
Abdul Razak (empat kanan) menyerahkan bendera Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) kepada sebahagian Pengerusi JPKK DUN Rembia selepas merasmikan pembukaan program itu hari ini. - Bernama
ALOR GAJAH: Persiapan Melaka selaku tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 yang dijadual pada 27 hingga 29 Sept ini, telah mencapai hampir 90 peratus.
Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata kesiapsiagaan meliputi aspek pengisian program, pemilihan lokasi kemuncak sambutan serta jemputan delegasi antarabangsa khususnya menteri-menteri pelancongan dari seluruh dunia dan anggota Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO)
"Kita masih dalam tindakan persiapan menjelang sambutan WTD 2025 dan hanya tinggal kira-kira 10 hingga 15 peratus sahaja kerja-kerja atau persiapan yang masih berbaki.
"Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya yakin kehadiran dalam kalangan menteri-menteri pelancongan dari seluruh dunia mendapat sambutan dan jemputan telah dibuat kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia yang turut dihadiri penyelaras DUN berkenaan yang juga Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan.
Abdul Razak berkata Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) akan berlangsung di sebuah hotel di Melaka Raya manakala Majlis Makan Malam WTD 2025 dan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) pula diadakan di pusat persembahan pelbagai guna di Kota Syahbandar.
"Pemilihan pusat persembahan pelbagai guna itu adalah sesuai dengan acara kemuncak sambutan WTD 2025 dan pelancaran TMM 2026 kerana kita ingin memperlihatkan keunikan dan kelebihan Melaka yang terletak di Selat Melaka kepada delegasi antarabangsa," katanya.
Terdahulu, beliau berkata program WRUR yang telah berlangsung di tujuh DUN termasuk Rembia dilihat memberi impak positif dalam menyelesaikan isu atau permasalahan berbangkit dialami rakyat.
Beliau berkata penyertaan rakyat dalam setiap program atau aktiviti dianjurkan di setiap DUN terlibat juga mendapat sambutan menggalakkan sekali gus menjadi platform untuk wakil rakyat dan kepimpinan negeri bertemu secara langsung dengan masyarakat setempat.
"Banyak juga aduan rakyat telah berjaya diselesaikan sekali gus membuktikan pelaksanaan WRUR bertepatan dengan objektifnya dan wajar diteruskan ke semua 28 DUN di Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#persiapan
#Melaka
#tuan rumah
#WTD 2025
#pelancongan
#World Tourism Day
#tahun melawat malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan