awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tiada agenda pluralisme agama - Mohd Na'im

Bernama
Bernama
06/05/2024
13:47 MYT
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tiada agenda pluralisme agama - Mohd Na'im
Mohd Na'im menjelaskan persidangan berkenaan tidak akan menyentuh soal akidah sebaliknya lebih tertumpu kepada usaha membangun tamadun bersama. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menafikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 esok ada kaitan dengan agenda pluralisme agama.
Mohd Na'im menjelaskan persidangan berkenaan tidak akan menyentuh soal akidah sebaliknya lebih tertumpu kepada usaha membangun tamadun bersama bagi menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan, mengubah konflik kepada persefahaman serta menangani ancaman pemikiran ekstremis.
Beliau berkata demikian bagi menjelaskan tohmahan sesetengah pihak kononnya persidangan antarabangsa bertemakan "Kesatuan Dalam Kepelbagaian" berkenaan ada agenda pluralisme agama pada majlis bersama media di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual merasmikan persidangan itu esok yang akan turut dihadiri Setiausaha Agung Liga Dunia Muslim (MWL) dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Sheikh Dr Mohammed Abdulkarim Al-Issa di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya, Selangor.
Sementara itu Persidangan Majlis Ulama Asia akan berlangsung pada Rabu di Mandarin Oriental di ibu negara.
Kedua-dua acara itu dianjurkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama MWL.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#agenda pluralisme
#nilai kesederhanaan
#pemikiran ekstremis
#mengubah konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan