KUALA LUMPUR: Personaliti Astro AWANI Essan Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada kira-kira jam 2.54 petang Khamis.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Syaza Mohd Sahaib Osman dengan mas kahwinnya seutas gelang emas dalam satu majlis akad nikah serba ringkas yang dihadiri oleh ibu bapa kedua mempelai.
Menurut Essan atau nama penuhnya Hassan Sallehudin Yahya Hassan, 36, majlis akad nikah berlangsung selama 20 minit dan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ketat yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan buat kami sekeluarga, walaupun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan saya bersyukur kerana Allah permudahkan semua urusan kami hari ini," kata Essan ketika dihubungi pada Khamis.
Tambah Essan, dia hanya ditemani oleh ibu dan ayah untuk ke pejabat agama selepas memperoleh surat pelepasan Polis Diraja Malaysia (PDRM), baru-baru ini.
"Saya menyelesaikan apa yang wajib saya selesaikan, kalau ada rezeki lain nanti, saya berkeinginan untuk berkumpul bersama-sama keluarga, sahabat, kawan-kawan sekerja dan kenalan kami berdua," katanya.
"Untuk sampai ke tahap itu, kita kena lawan pandemik COVID-19 ini dahulu," tambahnya.
Mengimbau detik perkenalan pasangan merpati dua sejoli ini, Essan berkata dia mula mengenali Syaza, 24, dalam satu forum di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) lebih dua tahun lalu.
"Saya dijemput sebagai speaker di forum itu dan Syaza pula merupakan ahli jawatankuasa pengelola forum berkenaan. Kami berkenalan dan mula berkawan secara rapat dari saat itu," kata Essan.
Menurut Syaza, dia bersyukur kerana hari yang istimewa dan bersejarah dalam hidupnya diberkati dan dipermudahkan Allah.
"Ahamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, walaupun berada dalam keadaan PKP, majlis ringkas ini sudah cukup bemakna buat kami berdua," kata Syaza.
Dilahirkan di Bagan Serai, Perak, Essan mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyiaran radio dan televisyen. Pernah berkhidmat di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV dan Radio, Essan kini memegang peranan Pengarang Kanan di bilik berita Astro AWANI (Saluran 501).
Syaza dilahirkan di Sungai Bakap, Pulau Pinang dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (bidang) Penyiaran) dari Kolej Universiti Selangor.
"Saya cukup tertarik dengan personaliti Syaza, dia memahami kerja saya, pandai mengambil hati dan sangat menghormati ibu bapa," tambah Essan.
Astro AWANI menzahirkan jutaan ucapan tahniah kepada Essan dan Syaza. Semoga perkahwinan anda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Astro Awani
Thu May 27 2021
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijab kabul di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang pada petang Khamis. - Sumber foto Essan Yahya
Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.
Perlu tangani ketidakseimbangan belia lelaki, perempuan
Ketidakseimbangan dari sudut sosial di antara belia lelaki dan perempuan, seperti mana yang sedang berlaku di beberapa negara, akan mengakibatkan persengketaan sosial, ketegangan etnik, ketegangan berasaskan jantina, kata Pengerusi Eksekutif Polity, Nurul Izzah Anwar.
Berdasarkan dapatan kajian Tinjauan Gallup, beliau berkata, terdapat polarisasi jantina yang serius sedang berlaku di negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, malah di beberapa bahagian di Eropah.
Berdasarkan dapatan kajian Tinjauan Gallup, beliau berkata, terdapat polarisasi jantina yang serius sedang berlaku di negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, malah di beberapa bahagian di Eropah.
Tiga individu didakwa subahat dan bunuh wanita
Tiga individu termasuk seorang wanita didakwa di dua Mahkamah Majistret secara berasingan Johor Bahru, hari ini atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh seorang wanita di Skudai.
Ibu dera anak sehingga mati dipenjara tiga tahun
Seorang ibu yang tergamak memukul, mencubit dan menampar anak kandung lelakinya berusia enam tahun sehingga maut dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.
Teman lelakinya, Muhammad Redza Zainurin, 36, pula didakwa atas satu pertuduhan membunuh kanak-kanak malang ini.
Teman lelakinya, Muhammad Redza Zainurin, 36, pula didakwa atas satu pertuduhan membunuh kanak-kanak malang ini.
Vivy, Fadzaruddin mengaku tidak bersalah tuduhan salah guna dana pelaburan RM8 juta
Mereka didakwa dengan niat bersama telah secara tidak jujur menyalahgunakan harta milik FashionValet Sdn Bhd iaitu dana pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM8 juta.
RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat lima sen bagi tempoh 23 hingga 29 Januari.
Tol Percuma: Keputusan masih belum muktamad
Keputusan menghentikan tol percuma pada musim perayaan belum dimuktamadkan kerana hanya dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.
Dasar jelas Ekonomi MADANI bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI - PM Anwar
Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.
SPRM tahan reman ketua kaum, salah guna wang pampasan RM455,000
Seorang ketua kaum di Sarawak ditahan reman selama lima hari oleh SPRM kerana disyaki menyalahgunakan wang pampasan penduduk rumah panjang berjumlah kira-kira RM455,000.
Dua rentung: Lima suspek direman bantu siasatan kes bakar rumah
Lima lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes kematian dua lelaki yang ditemui rentung di dalam sebuah rumah di Tongkang Yard, semalam.
Personaliti TV Astro AWANI Essan Yahya akhiri zaman bujang
Personaliti Astro AWANI Salehuddin Yahya selamat diijab kabul dengan buah hatinya, Nurul Syaza Mohd Sahaib dengan sekali lafaz di Pejabat Agama Daerah Seberang Perai Selatan pada Khamis.
'Jaminan bekalan makanan perlu diberi perhatian'
Program Sudut Pandang membincangkan isu-isu kritikal yang perlu diberi perhatian dalam bidang pertanian.