awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertelingkahan boleh jejas prestasi MCA

Hakim Rahman
Hakim Rahman
22/02/2013
07:05 MYT
Pertelingkahan boleh jejas prestasi MCA
Pertelingkahan dalaman yang berlaku dalam parti MCA boleh menjejaskan usaha parti itu untuk memenangi hati pengundi menjelang pilihan raya umum akan datang.
Penganalisis Politik Jabatan Pengajian Tiong Hua, Universiti Malaya, Dr Thock Ker Phong berpendapat, krisis tersebut memberi gambaran tidak baik terhadap parti itu dalam membuat keputusan bersama.
"Pertentangan dua orang tokoh ini tidak begitu sihat untuk usaha MCA menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 ini menunjukan mereka barisan kepimpinan tidak ada kesepakatan untuk membuat keputusan yang lebih cemerlang dalam PRU ke-13 nanti," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek pada Rabu mengumumkan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat digugurkan sebagai calon parti itu.
Tempat Ong akan diganti dengan calon baru iaitu, Gary Lim,39 tahun, yang juga seorang peguam.
Bagaimanpun ujar Thock, keputusan itu bukanlah keputusan muktamat.
"Kata pemutus akan ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya.
"Ong Tee Kian merupakan seorang calon boleh menang dan hanya beliau (Najib) mempunyai kata putus berhubung keputusan tersebut," tambahnya lagi.
Datuk Seri Ong Tee Kiat merupakan Ahli Parlimen Pandan sejak 5 penggal lalu dan merupakan calon tunggal MCA yang memenangi kerusi Parlimen di Selangor pada 2008.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Chua Soi Lek
#Dr Thock Ker Phong
#Gary Lim
#MCA
#pertelingkahan
#pilihan raya
#undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan