KUALA LUMPUR: Pembetulan maklumat dalam dokumen kelahiran sama ada dalam sijil atau kad pengenalan boleh dimohon sekiranya terdapat maklumat tidak tepat atau meragukan.
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pemohon yang ingin melakukan pembetulan sama ada nama atau tarikh dan tempat kelahiran perlu mengemukakan dokumen sokongan bagi membuktikan berlaku kesilapan fakta dalam pendaftaran sebelum ini untuk dipertimbangkan oleh jabatan itu.
Bagaimanapun, menurut JPN sebarang perubahan maklumat dalam dokumen pengenalan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pemohon antaranya dalam urusan perbankan, pendidikan dan kesihatan.
"JPN hanya mengendalikan isu yang di bawah bidang kuasa JPN sahaja seperti sijil lahir dan kad pengenalan.
"Namun, sekiranya pihak berkaitan memerlukan pengesahan berkenaan maklumat dokumen pengenalan diri subjek, JPN sedia memberikan kerjasama," maklum jabatan itu dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini.
JPN mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan Bernama pada Ahad lepas tentang tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas tertukar dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
BACA: Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
BACA: Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
BACA: Ayah jatuh sakit apabila tahu saya bukan anak kandungnya - Noratirah
Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 20, 'kembarnya' Adryana Irwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.
Berikutan itu, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dipetik berkata kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung.
Ia bagi memastikan supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.
Menurut JPN, jabatan itu sebelum ini banyak menerima permohonan untuk pembetulan melibatkan pelbagai maklumat pada dokumen pengenalan diri termasuklah penukaran bin atau binti (nasab) namun tiada statistik khusus berkenaan hal tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Menurut JPN sebarang perubahan maklumat dalam dokumen pengenalan dikhuatiri akan memberi kesan kepada pemohon. - Astro AWANI
Kerajaan laksana Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Kajian Kebolehlaksanaan Lemon Law bagi memperkasakan hak pengguna di negara ini untuk menuntut ganti rugi.
Keberanian PM dalam isu Palestin wajar disokong dan dicontohi - YADIM
Sikap mempertahankan hak rakyat Palestin di persada dunia yang diperlihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diikuti oleh para pemimpin negara ini tanpa mengira parti.
Polis akan panggil pengusaha KK Mart
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil pengusaha kedai serbaneka KK Mart yang menjual stoking bertulis kalimah Allah.
Kebenaran khas murid, guru pakai pakaian sukan - KPM
Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diminta untuk memberi pertimbangan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan yang sopan semasa cuaca panas berdasarkan kepada keperluan dan situasi semasa di institusi masing-masing.
MTDC dan Ideasparq Robotics perkenal teknologi robot pembersihan masjid
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dan Ideasparq Robotics Sdn Bhd melancarkan program mengimarahkan institusi masjid dengan penggunaan teknologi melalui perkenalan robot pembersihan buatan tempatan.
[TERKINI] Harga jualan runcit beras putih import turun kuat kuasa esok
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
(KPKM) ingin memaklumkan Pelarasan Harga Beras Putih Import (BPI) akan dilaksanakan mulai Rabu, 20 Mac 2024
(KPKM) ingin memaklumkan Pelarasan Harga Beras Putih Import (BPI) akan dilaksanakan mulai Rabu, 20 Mac 2024
Polis periksa kilang didakwa bungkus, edar stoking tertera kalimah Allah
Polis menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah kilang yang dipercayai terlibat dalam membuat pembungkusan dan pengedaran stoking yang tertera kalimah Allah di KK Super Mart cawangan Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Had laju tak naik, kekal 110 km/j
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, kerajaan masih belum bercadang untuk meningkatkan had laju di negara ini.
Agenda AWANI: Isu keciciran pembelajaran, apa intervensi?
Apa penyelesaian terhadap isu keciciran pembelajaran dan kebimbangan ibu bapa khususnya mengenai aras kurikulum yang tinggi dan kandungan kurikulum yang didakwa kurang sesuai dengan usia murid? Diskusi 8.30 malam
Perak hilang hasil sekiranya moratorium eksport NR-REE dilaksana - MB
Kerajaan negeri Perak memohon pengecualian daripada moratorium pengeksportan bahan mentah unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE), kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.
Kes bunuh Zayn Rayyan: Siasatan sudah 90 peratus - KPN
Siasatan melibatkan pelbagai sudut, termasuk saintifik, forensik serta konvensional, dan selain itu polis sedang memperincikan identiti suspek.
Polis kesan dua kanak-kanak nampak Zayn Rayyan di Blok R sebelum hilang
Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada 5 Disember lalu.
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh dikenal pasti - Polis
Identiti mayat hampir reput dipercayai dibunuh yang ditemukan berhampiran sebuah kebun kelapa sawit pada 16 Sept lepas telah dikenal pasti.
Saintis China bangunkan program peranti komputer berasaskan DNA
Litar bersepadu terkenal yang digunakan dalam dekad yang lepas kebanyakannya terdiri daripada elektronik dan fotonik berdasarkan semikonduktor.
Kebakaran hutan di Hawaii: 1,100 penduduk masih belum dapat dikesan
Seramai 1,100 orang masih hilang dalam kebakaran hutan luar biasa yang melanda Pulau Maui di Hawaii baru-baru ini.
Pesawat terhempas di Elmina: Polis sahkan hanya 10 mangsa terlibat
Pengesahan dibuat selepas semua spesimen cebisan anggota badan yang ditemukan di lokasi nahas padan dengan ujian DNA ahli keluarga.
Pesawat terhempas di Elmina: Proses bedah siasat selesai, tunggu padanan DNA
Sebanyak 300 sampel cebisan mayat telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi tujuan padanan DNA dan 30 peratus berjaya diselesaikan.
Abdul Azeez lepas tanpa bebas 9 tuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Representasi yang dikemukakan tertuduh telah dipertimbangkan oleh pihak pendakwaan dan memerlukan siasatan lanjut.
Waris mangsa tragedi kuari dipanggil jalani ujian DNA
Proses berkenaan akan dilakukan dalam masa terdekat sebaik semua cebisan tulang dan rangka kedua-dua mangsa dibawa keluar dari lokasi runtuhan.