awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peruntukan lebih RM8 juta bagi pembangunan tanah terbiar di Kelantan tahun ini

Bernama
Bernama
07/08/2024
13:20 MYT
Peruntukan lebih RM8 juta bagi pembangunan tanah terbiar di Kelantan tahun ini
Mohd Nassuruddin berkata projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. - Gambar fail
PASIR MAS: Peruntukan kira-kira RM8.2 juta diluluskan bagi 11 projek pembangunan tanah terbiar untuk tujuan sektor pertanian di Kelantan pada tahun ini.
Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata projek itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Beliau berkata berdasarkan rekod dari 2006 hingga 2023, seluas 3,332.92 hektar tanah terbiar dibangun dan diusahakan dengan peruntukan keseluruhan lebih RM26 juta di negeri itu.
Mohd Nassuruddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Tani Kelantan 2024 di Dataran Bandar Baharu Pasir Mas di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata petani di Kelantan boleh mempelajari serta mengambil ilmu serta teknologi pertanian dari Thailand dan bukan semata-mata mengimport produk pertanian dari negara jiran berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah terbiar
#Kelantan
#Mohd Nassuruddin Daud
#peruntukan
#pembangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan