Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu peruntukan RM100 juta setahun kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) disalurkan terus kepada pengurusan sekolah atau Persatuan Ibu Bapa (PIBG).
Najib berkata dengan cara ini ia memudahkan segala perancangan bagi membolehkan pelaksanaannya dijalankan dengan lebih berkesan.
Sambil memberi jaminan bahawa kerajaan akan berusaha mengekalkan jumlah peruntukan yang diluluskan bagi meningkatkan kemudahan termasuk membina bangunan baharu dan pertambahan bilik darjah lebih 300 SJKT di seluruh negara, Najib mahu pelaksanaannya dipercepatkan.
"Saya tidak gembira dengan kadar pelaksanaannya. Saya tidak tahu di mana silapnya. Tanggungjawab saya di Kementerian Kewangan (Menteri Kewangan) bagi duit. Sepatutnya peruntukan diberi terus kepada sekolah untuk dilaksanakan. Jangan berebut hendak jadi kontraktor.
"Dengan kos paling efektif, laksanakan terus. Masa adalah objektif. Jangan bazirkan masa lagi," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Kebangsaan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-Sekolah Tamil di sini hari ini.
Perdana Menteri turut menekankan pentingnya penguasaan Bahasa Malaysia di SJKT dipertingkatkan bagi memudahkan proses pergaulan antara pelajar pelbagai kaum di sekolah menengah.
Beliau mahu tahap penguasaan Bahasa Malaysia di SJKT dipertingkatkan ke tahap lebih tinggi berbanding 70 peratus ketika ini.
Bagaimanapun, Najib berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik dengan penguasaannya mencapai 90 peratus.
Beliau turut percaya peningkatan penguasaan ini seterusnya akan mendorong peningkatan kemasukan kaum India di universiti dengan pengambilan yang berasaskan merit bagi melahirkan lebih ramai golongan cerdik pandai di kalangan masyarakat India menceburi bidang perubatan dan profesion lain.
Najib turut berharap semua SJKT di seluruh negara akan mempunyai tadika selaras dengan sasaran Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan prasekolah sebagai asas yang sangat penting.
Sementara itu, Najib turut gembira kerana pelan itu yang diilhamkan sendiri oleh beliau pada Mei 2012 kini sampai ke kemuncak apabila mengumpul sebanyak 11 syor pelaksanaan dan pelan strategik bagi mentransformasi serta memperkukuh SJKT.
Saya sedar dan kita semua semua sedar kalau nak ubah nasib dan masa depan komuniti India di Malaysia paling utama yang perlu diberi perhatian ialah bidang pendidikan dari sekolah sampai universiti termasuk dalam bidang vokasional dan teknikal.
"Pelan ini penting bagi membawa perubahan dan transformasi kepada pendidikan di SJKT seluruh negara selain turut mendapat sambutan menggalakkan daripada para pendidik," katanya.
Najib turut menarik perhatian apabila berkata pelan yang diterima itu akan diserah kepada Kementerian Pendidikan untuk disepadukan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
"Ini supaya tiada percanggahan antara dua (pelan) dan saya percaya ia boleh diselarikan ke arah objektif yang sama, katanya.
Sebelas syor berkenaan merangkumi aspek polisi dan isu-isu perundangan; pendidikan prasekolah, infrastruktur dan kemudahan; guru dan latihan perguruan; murid dan pencapaian akademik; kurikulum, pengajaran dan pemulihan dan kelas-kelas khas; kepimpinan, penyertaan ibu bapa dan komuniti; penempatan semula; kewangan serta pelan strategik.
Bernama
Sat Feb 15 2014
Gambar Fail
Kerajaan Persekutuan lulus peruntukan beli pam baharu untuk petani, pesawah di Kelantan
Kerajaan Persekutuan meluluskan sejumlah peruntukan untuk membeli pam-pam baharu bagi kegunaan para petani dan pesawah di Kelantan.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
Beri ruang dan masa untuk Speedy Tigers berwajah baharu - Sarjit
Sarjit menyeru rakyat Malaysia untuk memberi masa dan ruang kepada Speedy Tigers berwajah baharu untuk berkembang menjadi pasukan yang kuat menjelang edisi ke-30 Piala Sultan Azlan Shah.
Akhyar cedera dipercayai disamun
Akhyar Rashid cedera di kepala selepas dipukul dan menjadi mangsa samun, malam tadi.
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
SUKMA: Sarawak mahu guna kelebihan sebagai tuan rumah untuk muncul juara
Sarawak mahu menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini untuk muncul sebagai juara temasya sukan dwi-tahunan itu.
Guna mesin layan diri IPR, pendapatan suami isteri lonjak lima kali ganda
Sepasang suami isteri tidak menyangka maklumat yang diperoleh daripada Facebook mengenai IPR membantu mereka meraih pendapatan hampir lima kali ganda.
Mahkamah tolak saman pegawai khas AG terhadap Rewcastle-Brown
Mahkamah Tinggi menolak saman fitnah yang difailkan oleh iaitu Mabel Sheela Mutthiah terhadap Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Suspek abai penumpang ketika kapal terbakar dihukum penjara
Penantian lima tahun buat keluarga mangsa bot penyelam Conception untuk melihat suspek yang bertanggungjawab mengabai serta menyebabkan kematian 34 penumpang berakhir dengan keadilan buat mereka.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kapten Jerry Boylan, 70 tahun dihukum penjara 10 tahun selepas terjun ke laut bagi menyelamatkan diri sendiri bersama empat anak kapal lain dalam kejadian kebakaran ngeri yang berlaku pada jam 2 pagi di Pelabuhan Platt berhampiran Pulau Santa Cruz, Santa Barbara.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Najib tak pernah arah pengurusan 1MDB pindah AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho Low - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mengarahkan mana-mana individu daripada pengurusan 1MDB untuk memindahkan AS$1.03 bilion kepada syarikat Jho low.
1MDB: SPRM ke Riyadh untuk sahkan surat derma RM2.6 bilion - Saksi
Penguasa Kanan SPRM Nur Aida Arifin berkata pihaknya telah pergi ke Istana Riyadh pada 2015 bagi mengadakan pertemuan dengan dua putera Arab Saudi.
1MDB: Najib tak dedah mengenai pertemuan dengan Raja Arab Saudi ketika siasatan - Saksi
Najib tidak memaklumkan kepada SPRM mengenai pertemuan delegasi Malaysia bersama Raja Arab Saudi, Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.