awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perut terburai jatuh tingkat 19

Sinar Harian
Sinar Harian
04/09/2018
06:27 MYT
Perut terburai jatuh tingkat 19
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan perut terburai selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19, sebuah flat di Setapak. -Foto Sinar Harian
Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan perut terburai selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19, sebuah flat di Setapak, di sini, semalam.
Ketua Polis Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.16 petang, mangsa berusia 42 tahun ditemui di kawasan pembuangan sampah di flat tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa patah tangan kanan dan kedua belah kaki selain perut terburai.
"Berdasarkan maklumat dari rakan mangsa, mangsa yang masih bujang adalah seorang pengemis dan selalu berlegar-legar di kawasan tersebut untuk meminta sedekah.
"Malah pemeriksaan di badan mangsa turut terdapat kesan lama kebakaran dan maklumat dari rakannya bahawa dalam tiga hingga empat tahun lepas, mangsa pernah cuba untuk bunuh diri dengan membakar diri," katanya.
Beliau berkata, mangsa juga dimaklumkan bahawa tidak waras.
Katanya, kematian mangsa tiada unsur jenayah dan siasatan bagaimanapun masih dijalankan.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut," katanya.
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#flat di Setapak
#HKL
#Hospital Kuala Lumpur
#Noor Azmi Yusoff
#pembuangan sampah
#pengemis
#perut terburai
#tidak waras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan