Kira-kira 1,000 pesakit, kakitangan dan orang ramai yang berada di 18 wad di Hospital Sibu di sini terpaksa dipindahkan ke tempat selamat apabila asap dikesan keluar dari siling tandas Wad 23 hospital tersebut pagi hari ini.
Kebakaran kecil yang dipercayai berpunca dari litar pintas itu dikesan oleh beberapa jururawat di wad tersebut pada kira-kira 8 pagi sebelum membunyikan penggera kebakaran dan memulakan proses pemindahan pesakit.
Pemangku Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu, Wan Kamarudin Wan Ahmad yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada kira-kira 8.19 pagi dan menggerakkan dua jentera masing-masing dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah dan Sibu ke hospital itu.
Menurut beliau, setibanya di tempat kejadian, semua pesakit telah selesai dipindahkan oleh pihak hospital ke tiga tempat perhimpunan selamat.
"Apa yang kita lakukan ialah mengesan punca kebakaran dan memadamkannya dengan menggunakan hos pemadam api di dalam bangunan hospital," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pesakit-pesakit dan jururawat yang bertugas di wad lain dibenarkan kembali semula ke wad masing-masing sekitar 10 pagi manakala pesakit dan jururawat di Wad 23 setengah jam kemudian.
Wan Kamarudin berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan semasa kejadian berkenaan dan punca sebenar kebakaran masih disiasat.
Beliau memuji tahap kesiapsiagaantinggi yang ditunjukkan oleh pihak Hospital Sibu membolehkan mereka bertindak dengan cepat dan selamat di dalam menghadapi situasi kebakaran itu.
"Pihak Hospital Sibu memang kerap mengadakan latihan kebakaran untuk kakitangan. Sepanjang tahun ini sudah dua kali diadakan dan difahamkan pada 25 Nov ini satu lagi latihan yang sama akan diadakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 18 2017
Pesakit-pesakit dan jururawat yang bertugas di wad lain dibenarkan kembali semula ke wad masing-masing sekitar 10 pagi manakala pesakit dan jururawat di Wad 23 setengah jam kemudian. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Gunung Merapi meletus lagi
Agensi Gunung Berapi Indonesia memberi amaran kepada penduduk agar tidak berada dalam zon larangan bagi mengelakkan risiko bahaya akibat aliran bahan piroklastik.
Jangan abaikan suara penduduk Riau
Penduduk Riau gesa Presiden Indonesia, Joko Widodo ambil peduli suara penduduk Riau menerusi sebuah video.