awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara mangsa pertama dihanyutkan arus deras di Jeli

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
18/12/2019
04:09 MYT
Pesara mangsa pertama dihanyutkan arus deras di Jeli
Ketika menyelamatkan diri, mangsa dibawa arus yang agak deras sebelum ditemui oleh orang kampung kira-kira satu jam kemudian. Foto ihsan pembaca
Gelombang kedua baru sahaja bermula semalam, namun ia sudah meragut satu nyawa.
Dalam kejadian jam 9 pagi tadi, seorang lelaki dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di perkarangan rumahnya di Kampung Renak, Bukit Bunga, di sini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jeli, Mohd Adni Ibrahim berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, Suhaimi Ismail, 57 tahun, dijumpai lemas kira-kira 200 meter dari rumahnya.
"Mangsa yang merupakan seorang pesara sektor swasta itu dipercayai cuba menyelamatkan diri kerana rumahnya ditenggelami air setinggi 1.5 meter.
"Ketika menyelamatkan diri, mangsa dibawa arus yang agak deras sebelum ditemui oleh orang kampung kira-kira satu jam kemudian," katanya.
Katanya, mayat mangsa ditempatkan sementara di Klinik Kesihatan Bukit Bunga sebelum dihantar ke Hospital Jeli.
Topic Berkaitan
#banjir
#bomba
#gelombang kedua
#jeli
#lemas
#mangsa
#mayat
#Mohd Adni Ibrahim
#rumah ditenggelami air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan