awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia miliki asas kukuh, berdaya saing sebagai hab MRO perkapalan utama ASEAN - MITI
Jumlah kematian akibat tanah runtuh di Jawa Barat, Indonesia meningkat kepada 48 orang
Indonesia perketat saringan kesihatan di pintu masuk susulan risiko virus Nipah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesara terperdaya tawaran pelaburan tidak wujud, rugi RM473,000

Bernama
Bernama
23/10/2025
12:45 MYT
Pesara terperdaya tawaran pelaburan tidak wujud, rugi RM473,000
Seorang pesara lelaki berusia 77 tahun kerugian RM473,000 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat. - Foto hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang pesara lelaki berusia 77 tahun kerugian RM473,000 selepas ditipu sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata warga emas itu mendakwa ditipu selepas berminat menyertai pelaburan dengan tawaran keuntungan antara 30 hingga 40 peratus dalam tempoh 24 jam yang kononnya akan dikreditkan ke dalam akaun aplikasi 'MML Max' milik mangsa.
"Tertarik dengan janji keuntungan tersebut, mangsa telah melakukan 12 transaksi berjumlah RM473,000 ke dalam tiga akaun bank tempatan dari 16 Sept hingga 18 Okt 2025," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan berkata selepas membuat semakan pada aplikasi tersebut, mangsa mendapati jumlah 'keuntungan' yang tertera mencecah RM2.63 bilion, namun akaun itu kemudiannya disekat ketika mangsa cuba membuat pengeluaran.
Beliau berkata mangsa yang menyedari dirinya ditipu tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu melalui tawaran pelaburan tidak wujud.
--BERNAMA
TAG : Polis, Tan Seng Lee, pelaburan, tipu, MML Max
Topic Berkaitan
#pesara
#sindiket pelaburan tidak wujud
#Polis Daerah Kulai
#kerugian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan