awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi

Bernama
Bernama
07/12/2024
21:00 MYT
Pesawah disaran daftar Skim Takaful Tanaman Padi
Amir Hamzah meninjau kerosakan infrastruktur pengairan MADA dan kerosakan tanaman padi di Sungai Baru, Alor Setar, ketika lawatan kerja ke Kedah, 7 Dis 2024. -- fotoBERNAMA
ALOR SETAR: Pesawah di seluruh negara disarankan mendaftar dengan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) bagi membolehkan mereka mendapat faedah pampasan sekiranya tanaman terkesan bencana termasuk banjir.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata kerajaan telah menyediakan peruntukan RM50 juta bagi bayaran premium skim berkenaan pada tahun ini dan petani hanya perlu mendaftar untuk menerima faedah.
“Skim itu diselia Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Agrobank yang bermula pada 2024 sebagai persediaan pesawah menghadapi pelbagai risiko bencana alam termasuk banjir yang menjejaskan pengeluaran hasil padi.
“Skim STTP yang disediakan secara percuma ini satu daripada komitmen kerajaan membantu dan melindungi pesawah daripada risiko kerugian akibat bencana alam seperti banjir, kemarau, serangan penyakit serta makhluk perosak yang sering mengancam tanaman,” katanya di sini semalam.
Beliau ditemui pemberita semasa meninjau kerosakan infrastruktur pengairan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan kerosakan tanaman padi di Kuala Sungai Baru di sini semalam.
Amir Hamzah berkata kadar perlindungan kerosakan tanaman padi yang diberikan pula hingga RM3,000 bagi setiap hektar semusim mengikut fasa penanaman.
Justeru, beliau menyeru pesawah memanfaatkan kemudahan berkenaan bagi memastikan mereka berupaya menyumbang kepada kestabilan rantaian bekalan makanan negara.
STTP yang diperkenalkan selaras dengan Belanjawan 2024 mendapat sokongan subsidi kerajaan sebanyak RM50 juta untuk tahun pertama pelaksanaan.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan menyalurkan sejumlah RM425 juta pada tahun ini dan 2025 bagi bantuan banjir selain pembaikan infrastruktur yang terjejas bencana di seluruh negara.
“Kita masih melihat jika ada apa-apa lagi yang kita boleh bantu ... ,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Takaful Tanaman Padi
#pesawah
#Amir Hamzah Azizan
#pampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan