awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peti surat digital, inovasi baharu e-Dagang

Bernama
Bernama
13/01/2017
15:23 MYT
Peti surat digital, inovasi baharu e-Dagang
JAILANI: SKMM serta Pos Malaysia akan melaksanakan transformasi baharu yang dikenali sebagai Peti Surat Digital bagi memenuhi permintaan e-Dagang. - Gambar fail
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Pos Malaysia akan melaksanakan transformasi baharu yang dikenali sebagai Peti Surat Digital bagi memenuhi permintaan perniagaan elektronik (eDagang).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata projek perintis yang akan bermula suku kedua tahun ini adalah antara inovasi bagi memenuhi permintaan eDagang dan gaya hidup digital rakyat.
"Melalui Peti Surat Digital ini, pelanggan sama ada individu atau korporat akan menerima mel yang disampaikan Pos Malaysia dalam bentuk digital yang dihantar dalam tempoh 24 jam. Pada masa sama, pos secara biasa juga tetap dilaksanakan.
"Apa yang lebih penting, melalui peti surat digital ini, kita akan perketatkan dari segi keselamatan yang mana ianya akan dilengkapi ciri seperti tandatangan digital yang menjamin keaslian penerima dan penghantar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan berupa tilam dan bantal serta barangan keperluan makanan kepada 500 penerima di Dewan Undangan Negeri Ajil di sini hari ini.
Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata beliau yakin dengan kadar kelajuan jalur lebar dan kemudahan internet di setiap daerah, projek perintis itu akan dapat dilaksanakan dan berjalan lancar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Jailani Johari
#eDagang
#pos malaysia
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan