PADANG BESAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mempertimbangkan cadangan pengusaha stesen minyak agar notis larangan pembelian petrol RON95 melibatkan kenderaan asing diletakkan di pintu masuk sempadan negara.
Ketua Setiausaha KPDNHEP Azman Mohd Yusof berkata, perkara itu merupakan satu cadangan yang baik dalam usaha mengelakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.
"Notis awal yang dipamerkan ini dapat disediakan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Thai supaya pengembara luar dapat melihat maklumat awal sebelum masuk ke negara.
Kita akan cuba melihat dari sudut keberkesanan pelaksanaan itu terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat," katanya selepas turun padang bagi lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) di sini hari ini.
Hadir sama dalam lawatan kerja berkenaan adalah Timbalan Pengarah Penguat kuasa (Operasi) KPDNHEP Shamsul Nizam Khalil dan Pengarah KPDNHEP Perlis Norazah Jaapar.
Selain itu, Azman berkata, bagi tempoh bermula 1 Januari sehingga April tahun ini, sebanyak 94 kes penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi di pintu sempadan negara telah direkodkan oleh KPDNHEP dengan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM7.88 juta.
"KPDNHEP memandang serius isu ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi terutamanya yang berlaku di pintu-pintu sempadan negara memandangkan ia memberi impak kerugian besar kepada negara," katanya.
Azman berkata bagi keselamatan anggota KPDNHEP, pihaknya berpandangan terdapat keperluan buat anggota penguat kuasa agensi berkenaan dilengkapi dengan fasiliti kawalan sempadan sewaktu menjalankan tugas.
Katanya terdapat juga perancangan bagi membekalkan senjata api kepada anggota penguat kuasa KPDNHEP tertentu selaras dengan lokasi mereka bertugas.
"Buat masa ini perlu ada kajian terlebih dahulu bagi melihat berapa banyak keperluan senjata api diperlukan dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP), lesen, peruntukan dan lain-lain lagi.
Kita juga berhasrat untuk minta peruntukan bagi penyediaan kenderaan bermotor untuk memudahkan anggota menjalankan tugas namun perkara ini perlu dikaji terlebih dahulu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022
Usaha elakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia. - Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kastam Sabah gagalkan cubaan seludup keluar 111,391 liter petrol ke negara jiran
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Siti Mang berkata kapal kargo berkenaan ditahan di perairan Sandakan pada kira-kira 7.48 malam.
Masih ada penjualan petrol Malaysia di selatan Thailand - KPDN Perlis
KPDN Perlis tidak menafikan terdapat kegiatan penjualan petrol bersubsidi yang diseludup dari Malaysia berlaku di Selatan Thailand.
Maritim Malaysia rampas 46 tong petrol bersubsidi cuba diseludup ke Filipina
Operasi pada 6 petang Selasa mengesan sebuah bot dalam keadaan mecurigakan menghala ke Pulau Taganak, Filipina.
Benar kenderaan asing isi RON95 bersubsidi, pengusaha stesen minyak didenda RM40,000
Seorang pengusaha stesen minyak didenda RM40,000 selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan membenarkan pengisian petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.
Dua lelaki ditahan disyaki seleweng petrol bersubsidi
Kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak kira-kira pukul 9.15 pagi semalam.
Petrol bersubsidi: KPDNHEP pertimbang cadangan pamer notis di pintu sempadan
Usaha elakkan kenderaan asing mengambil kesempatan mendapatkan petrol bersubsidi berkenaan yang dikhaskan untuk warganegara Malaysia.
Tujuh aduan berkaitan penyelewengan petrol bersubsidi di Johor
Kesemua kes berkenaan dilaporkan berlaku di Johor dan dua stesen minyak kini sedang disiasat.