Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi, pada Jumaat.

BACA: Letupan, kebakaran besar di Rapid Pengerang?

“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.

“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa telah pun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Kenyataan media Petronas.


Terdahulu, tular di media sosial sebuah video kebakaran melibatkan Kompleks Bersepadu Pengerang.