awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak

Bernama
Bernama
19/05/2021
03:45 MYT
Petronas umum penemuan gas kedua di perairan cetek Balingian, Sarawak
Telaga Kulintang-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,238 meter pada April 2021.
KUALA LUMPUR: Petronas Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali 'wildcat' Kulintang-1, Blok SK438, yang terletak di perairan cetek daerah kecil Balingian, kira-kira 230 kilometer dari pesisir Miri, Sarawak.
Telaga 'wildcat' bermaksud yang belum terbukti wujudnya minyak atau dieksploitasi sepenuhnya dan tidak mempunyai rekod pengeluaran kukuh atau telah dieksploitasikan sepenuhnya sebelum itu sebagai tapak pengeluaran minyak dan gas.
Telaga Kulintang-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman 2,238 meter pada April 2021.
Gas itu ditemui dalam takungan batu pasir era Oligosen hingga Pertengahan Miosen, yang belum dinilaikan sepenuhnya sebelum ini, menurut Petronas dalam kenyataan pada Rabu.
PTTEP HK Offshore Ltd merupakan pengendali bagi Blok SK438 dengan kepentingan penyertaan sebanyak 80 peratus manakala Petronas Carigali Sdn Bhd memiliki baki 20 peratus.
Kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) bagi blok itu diberikan pada Mac 2018 susulan Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2017.
Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Petronas, Mohamed Firouz Asnan berkata kejayaan telaga Kulintang-1 menandakan penemuan gas kedua dalam daerah Balingian tahun ini.
"Hasil memberangsangkan ini membuktikan potensi seterusnya bagi gas asli yang mengandungi peratusan kecil atau tiada langsung kandungan hidrogen sulfida di daerah ini, terutama dalam keadaan geologi Oligosen yang lebih dalam," katanya.
Beliau berkata penemuan gas itu boleh menjana perolehan menerusi infrastruktur sedia ada bagi memenuhi permintaan pelanggan gas domestik, serta Kompleks LNG Petronas di Bintulu, Sarawak.
Pada Mac tahun ini, Petronas mengumumkan satu penemuan minyak dan gas baharu di telaga cari gali 'wildcat' Sirung-1 dalam Blok SK405B, juga terletak dalam perairan cetek Balingian.
Bagi MBR 2021 yang sedang dilaksanakan, Petronas menawarkan 13 peluang baharu di lembangan prolifik Malaysia, termasuk beberapa blok dalam Balingian.
MBR 2021 turut disertakan terma fiskal dan bukan fiskal yang ditambah baik.
Inisiatif tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan Petronas untuk berkembang bersama-sama rakan kongsinya di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#telaga minyak
#Petronas temu gas
#Balingian
#Miri
#Petronas
#minyak
#Bintulu
#Mohamed Firouz Asnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan