awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
08/03/2025
10:45 MYT
Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Fadillah menyaksikan penerima wang saku sumbangan Bank Muamalat ketika menghadiri Majlis Agihan Bubur Pedas Kejiranan Mesra DBKU di Satok hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah mengemukakan surat cadangan kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ringkasan AI
  • Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama masa depan dan sedang menunggu maklum balas.
  • Jika tiada kata putus, rundingan akan diadakan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
  • Kerajaan Persekutuan mengakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas, dan akan berbincang mengenai kerjasama dalam projek baharu.

Beliau berkata sekiranya tiada kata putus oleh kedua-dua pihak berkenaan, rundingan melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengenai perkara itu akan diadakan.
"Petros telah kemukakan surat itu dalam minggu ini yang menyentuh haluan kerjasama pada masa depan, sekarang perlu tunggu maklum balas daripada Petronas.
"Jadi, kita masih menunggu respons Petronas, diharap mereka akan mencapai persetujuan berhubung butiran (rundingan) itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis agihan bubur pedas sempena Kejiranan Mesra Dewan Bandaraya Kuching Utara di sini hari ini.
Fadillah berkata rundingan itu termasuk langkah bagi kedua-dua syarikat minyak berkenaan menterjemah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958.
Baru-baru ini, Anwar pada sesi penerangan di Dewan Rakyat berkata kerajaan Persekutuan memperakui aspirasi Sarawak untuk menceburi industri minyak dan gas di negeri itu.
Perdana Menteri turut dilaporkan berkata kerajaan Persekutuan akan berbincang dengan kerajaan Sarawak yang menyentuh aspek kerjasama terutamanya melibatkan projek baharu yang bakal diterokai kedua-dua syarikat terbabit dalam apa jua bidang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petros
#Petronas
#Fadillah Yusof
#Anwar Ibrahim
#Abang Johari Tun Openg
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan