KUALA LUMPUR:Keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri selama dua minggu sehingga 26 Januari disokong penuh oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).
Presidennya, Profesor Datuk Dr M Subramaniam dalam satu kenyataan berkata, langkah itu cukup wajar ketika petugas kesihatan dalam negara kini berdepan tekanan yang tinggi secara berterusan.
“Semua hospital awam di negara ini dibanjiri dengan kes COVID-19 dan pekerja kesihatan berada bawah tekanan yang kuat.
“Langkah segera perlu diambil bagi menangani masalah tenaga kerja dalam penjagaan kesihatan awam serta bagi memastikan standard penjagaan kesihatan dapat dikekalkan,” jelasnya.
Pihaknya juga mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) supaya dapat bekerjasama dengan pusat kesihatan swasta susulan pertambahan pesakit COVID-19.
“KKM diminta untuk turut bekerjasama dengan pusat kesihatan swasta susulan daripada peningkatan pesakit COVID-19 di hospital kerajaan yang dilihat mampu menjejaskan sistem kesihatan dan pengurusan terhadap pesakit bukan COVID-19,” tambah Dr M Subramaniam.
Selain melihat kepada risiko jangkitan jika nilai kebolehjangkitan (r-Naught) melepasi kadar 1.2, beliau berkata, varian virus UK B.1.1.7 yang telah dikesan semalam turut jadi kebimbangan pihaknya.
BACA: Kes COVID-19 varian UK dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham
Beliau pada masa sama menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan supaya pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara.
Ujarnya lagi, jika orang ramai komited mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, tidak mustahil Malaysia mampu memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dengan lebih pantas.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan boleh memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong, memasyhurkan ordinan penggunaan sumber manusia dan aset hospital swasta bagi membantu kerajaan membendung wabak COVID-19.
Menurutnya, kerajaan juga boleh mendapatkan penglibatan lebih inklusif daripada pihak swasta sepanjang tempoh darurat.
BACA: Proklamasi darurat beri kuasa kerajaan guna aset hospital swasta
BACA: COVID-19: Malaysia rekod 3,309 jangkitan baharu, tertinggi pernah direkodkan
Faris Danial Razi
Tue Jan 12 2021
MMA menyifatkan langkah itu cukup wajar ketika petugas kesihatan dalam negara kini berdepan tekanan yang berterusan. - BERNAMA
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
Diilhamkan daripada komitmen Astro dan NACSA untuk memupuk langkah keselamatan siber yang proaktif, pertandingan itu juga bertujuan untuk menormalisasikan navigasi digital yang selamat dalam ruang siber.
Suhu cecah 42 Celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu ini
Suhu panas melampau sehingga mencecah 42 Celcius memaksa kerajaan Bangladesh menutup operasi persekolahan yang melibatkan 33 juta pelajar di negara itu.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry akhirnya menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu. Surat rasmi peletakan jawatan yang ditandatangani Ariel Henry diserahkan di Los Angeles dan dikongsi pejabat Perdana Menteri Haiti bersamaan tarikh majlis presiden peralihan ditubuhkan.
RTS JB-Singapura di landasan tepat
Perkambangan pembinaan Projek RTS Johor Bahru-Singapura dilihat berada pada landasan tepat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.