awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petugas media maut dilanggar komuter - Polis

Bernama
Bernama
19/05/2015
14:16 MYT
Petugas media maut dilanggar komuter - Polis
Seorang wartawan Tamil Malar maut selepas dirempuh sebuah komuter dari arah Batu Caves di stesen komuter Batu Kentomen, di sini, hari ini.
Seorang wartawan Tamil Malar maut selepas dirempuh sebuah komuter dari arah Batu Caves di stesen komuter Batu Kentomen, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.35 pagi, mangsa, K. Anamalay, 67, mati di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan tubuh mangsa terputus dua di atas rel.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata berdasarkan maklumat saksi, mangsa dipercayai melompat secara mengejut ke atas rel, kurang 15 meter sebelum komuter berkenaan tiba di platform bagi mengambil penumpang.
"Pemandu komuter dikatakan telah bunyikan hon yang panjang, tetapi lelaki itu tidak berganjak. Selepas komuter diberhentikan, didapati lelaki berkenaan telah mati terputus dua," katanya dalam kenyataan di sini.
Munusamy berkata mangsa ketika ditemui berpakaian lengkap.
"Si mati adalah seorang wartawan Tamil Malar berpejabat di Jalan Ipoh, KL dan tinggal menyewa bilik seorang diri di rumah berhampiran stesen komuter tersebut, manakala keluarganya berada di Sungai Petani," katanya.
Munusamy berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Batu Caves
#batu kentomen
#k. anamalay
#komuter
#maut
#tamir malar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan