Skip to main content

Malaysia

PGA rampas rokok putih dianggar bernilai RM374,000

PASIR MAS, 26 Nov -- Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain pada sidang media selepas meninjau paras kenaikan air Sungai Golok di Rantau Panjang susulan peningkatan mendadak sejak pagi tadi, ketika tinjauan hari ini.  Beliau turut meninjau pembinaan tembok kawad duri di sepanjang sempadan bagi memastikan keselamatan komuniti setempat serta memperkukuh kawalan ketika situasi banjir yang semakin tidak menentu.  Pemeriksaan itu dilakukan bagi menilai tahap kesiapsiagaan anggota PGA dan memastikan
Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan dilakukan kira-kira 2 pagi oleh Strike Force Kompeni C, Batalion 9 PGA Kuala Terengganu dengan kerjasama pihak JKDM Kelantan. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 200,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dianggarkan bernilai RM374,000 dalam Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Kok Bedullah, Tumpat awal pagi tadi.

Komander Briged Tenggara PGA SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan dilakukan kira-kira 2 pagi oleh Strike Force Kompeni C, Batalion 9 PGA Kuala Terengganu dengan kerjasama pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan.

Beliau berkata rampasan dibuat selepas anggota PGA yang menjalankan rondaan bermotosikal mengesan sebuah Proton Preve di Kampung Geting sebelum pemandunya memecut sejauh kira-kira dua kilometer.

“Kenderaan itu kemudian terbabas ke dalam tali air di Kampung Kok Bedullah manakala pemandunya melarikan diri dan gagal dikesan.

“Hasil pemeriksaan menemukan beberapa guni berisi kotak mengandungi 200,000 batang rokok putih itu yang dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Radzi berkata rokok berserta Proton Preve bernilai RM26,000 itu diserahkan kepada JKDM Pengkalan Kubor untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Beliau berkata siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement