awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH gesa kerajaan adakan sidang Parlimen khas COVID-19 sebelum 18 Mei

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2020
07:28 MYT
PH gesa kerajaan adakan sidang Parlimen khas COVID-19 sebelum 18 Mei
Syor berkenaan bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil termasuk belanjawan tambahan kerajaan dalam menangani penulararan wabak. - Gambar fail
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen khas berkenaan COVID-19 sebelum 18 Mei 2020.
Antara lain, syor berkenaan bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil termasuk belanjawan tambahan kerajaan dalam menangani penulararan wabak.
"Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bermesyuarat hari ini secara dalam talian dan membincangkan pertemuan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Majlis Presiden telah dimaklumkan bahawa di dalam perbincangan tersebut, Datuk Seri Anwar telah membincangkan penularan wabak COVID-19 dan keperluan mengadakan sidang Parlimen khas untuk membincangkan langkah-langkah yang diambil termasuk belanjawan tambahan Kerajaan dalam menangani penularan wabak ini," kata kenyataan itu.
Jika kerajaan enggan mengadakan sidang Parlimen khas, Majlis Presiden berpandangan sidang mesyuarat pada 18 Mei perlu diadakan selama sekurang-kurangnya dua hari bagi memberi ruang kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat membahaskan isu-isu berkait wabak berkenaan.
"Majlis Presiden berpandangan bahawa Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen perlu bertemu segera untuk membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyesuaikan Peraturan-Peraturan Mesyuarat dengan nasihat dan arahan Kementerian Kesihatan dalam menjaga keselamatan ahli-ahli mesyuarat serta para petugas di Parlimen, termasuk dengan mempertimbang kesesuaian mengadakan sidang Dewan secara dalam talian seperti yang diusahakan di beberapa negara lain," tambah kenyataan lagi.
Oleh itu, Majlis Presiden PH mencadangkan agar satu pertemuan diadakan di antara Yang di-Pertua Dewan Rakyat, wakil Kerajaan dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution bagi membincangkan perkara ini pada kadar segera.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#COVID-19
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#keselamatan
#kesihatan
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#presiden
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan