KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) pernah mencari sokongan daripada UMNO dan Pas untuk memperkukuhkan gabungan itu dalam mengembalikan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menjelaskan, ia termasuk permintaan meninggalkan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
"Itu tidak timbul apa-apa konflik malah seluruh anggota di dalam Pakatan Harapan ketika itu menjalankan tugas masing-masing bagi menjayakan keputusan tersebut.
"Apa yang disebut sebagai gabungan besar itu disuarakan oleh Amanah dalam konvensyen baru-baru ini di Melaka, jangan lupa dalam rangka menjayakan dan memperkukuhkan PH.
"Sejak dari awal lagi sejak kejatuhan kerajaan PH, usaha untuk memastikan Pejuang, Warisan dan beberapa kelompok dari Sabah dan Sarawak telah berjalan," katanya semasa menjadi panel sidang langsung Facebook Pemuda Amanah Terengganu pada Isnin.
Dalam pada itu, Exco Pemuda AMANAH Nasional, Zamir Ghazali menjelaskan, Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) akan runtuh kerana parti yang bergabung di dalamnya hanya mementingkan kesatuan kepentingan strategik sendiri semata-mata.
Jelasnya, keadaan tersebut akan menyebabkan ada parti yang bakal menjadi mangsa daripada situasi berkenaan.
"Pertama ia akan runtuh PN itu dahulu, apa yang cuba mereka bawa, Presiden Pas menyebut, Melayu dan Islam perlu bersatu, kita terima serta tolak yang ekstrem, nampak cantik tetapi cara hendak mencapai perkara tersebut tidak ada.
"Apa yang ada didomba bahawa 'No DAP, No Anwar' dan akhirnya 'No Bersatu'. Sebenarnya saya ingat 'No DAP, No PKR' ada pemahaman serupa di dalam PN iaitu Pas dan Bersatu cuma di dalam UMNO ditambah ke 'No Bersatu'.
"Ini tidak boleh menjadi nilai kerana ia janggal," jelasnya.
Astro Awani
Mon Apr 05 2021
Dr Mujahid menjelaskan, ia termasuk permintaan meninggalkan sokongan kepada Muhyiddin dan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri. - Astro AWANI
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dakwaan Ahmad Husni terhadap saya amat menyakitkan - Najib
Najib berkata dakwaan Ahmad Husni bahawa beliau telah mengarahkan bekas Menteri Kewangan II itu agar tidak campur tangan dengan 1MDB adalah tidak benar sama sekali.
UMNO belum terima permohonan bekas ahli - Ahmad Zahid
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya, Ahmad Zahid Hamidi.
UMNO sedia buka ruang kepada ahli digantung - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedia membuka kembali ruang terhadap bekas pimpinan UMNO yang sebelum ini berdepan dengan tindakan pemecatan.
Buku 'Idealis Syed Hamid Albar' rungkai kisah hidupnya hadap dunia penuh penipuan
Buku Idealis Syed Hamid Albar boleh disimpulkan sebagai kisah perjalanan bekas Menteri Luar itu yang kesal apabila terlalu berharap mencapai kesempurnaan kerana hakikatnya, dunia penuh penipuan.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta - Asyraf Wajdi
Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara memutuskan untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
Gantung perlembagaan NAFAS bukan untuk 'buang orang UMNO' - Mohamad Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penggantungan perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) awal bulan ini tiada kaitan dengan politik.
PRN Sabah: BN tidak tutup pintu untuk kerjasama dengan parti lain - Ahmad Zahid
Barisan Nasional tidak menutup pintu kepada mana-mana gabungan atau parti untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang akan datang.