KUALA LUMPUR: Seramai 1,039,689 atau 33 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 79.1 atau 2,491,822 daripada populasi remaja telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Sementara itu, seramai 22,013,263 individu atau 94 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.
Manakala, 97.2 peratus atau 22,764,203 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.5 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.7 peratus), Pulau Pinang (96.8 peratus), Perlis (96.1 peratus), Johor (95 peratus), Melaka (91.4 peratus), Sarawak (90.8 peratus) dan Terengganu (90.4).
Ini diikuti Kedah (85.4 peratus), Perak (84.7 peratus) dan Pahang (83.7 peratus).
Paling rendah adalah Sabah (71 peratus), diikuti Kelantan (76.8 peratus).
Bagi populasi keseluruhan, seramai 23,052,952 individu atau 70.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.
Manakala 77.3 peratus atau 25,256,025 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Terdapat pertambahan 134,684 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua golongan populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 48,181,111 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.
Afiezy Azaman
Tue Oct 19 2021
Sebanyak 77.3 peratus atau 25,256,025 daripada populasi keseluruhan negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
Ramai tegur kenapa dengan wajah Fathia Latiff?
Wajah pelakon Fathia Latif sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa kelihatan agak berbeza dari mukanya sebelum ini.
Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus - Dr Zaliha
Sabah merekodkan 76 kes pertussis atau batuk kokol dalam tempoh Januari lepas hingga semalam iaitu peningkatan 986 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya tujuh kes.
Pihak berkuasa Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak
Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen vaksinasi polio pada 3 April selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di daerah Purwakarta dijangkiti penyakit itu.
JKNP keluar 34 notis kepada peniaga, pengendali makanan bazar Ramadan
JKNP mengeluarkan 34 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM3,500 kepada peniaga dan pengendali makanan di bazar Ramadan di negeri ini atas pelbagai kesalahan.
Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal
Sebuah kajian baharu di Afrika mendapati pemberian sekali dos ubat eksperimen melindungi orang dewasa daripada penyakit malaria sekurang-kurangnya dalam enam bulan.
JKN Perak perjelas dakwaan warga emas ruam selepas dipaksa ambil vaksin COVID-19
Warga emas itu sendiri bersetuju untuk menerima suntikan tersebut dan telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19.
COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19
Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak mereka dengan segera.
Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC
Suntikan perlu diberikan kepada KWSP supaya ia memperbanyakkan pelaburan di luar negara untuk mengembangkan dana.