PUTRAJAYA: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok sehingga 24 Jun untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak yang berumur lima tahun hingga 11 tahun.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pembukaan program vaksinasi itu adalah bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lepas, bertemakan "Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua".
"Pembukaan vaskinasi ini adalah bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin COVID-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini dan keprihatinan Kementerian Kesihatan (KKM) atas keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Noor Azmi berkata ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksinasi tersebut boleh mendapatkan vaksinasi tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM bermula esok hingga Jumaat.
Beliau berkata pemberian vaksin itu adalah berdasarkan kepada stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut dan sekiranya stok untuk hari tersebut habis, ibu bapa boleh membawa anak mereka pada keesokan harinya.
Dr Noor Azmi berkata ibu bapa yang baru mengetahui mengenai vaksinasi COVID-19 atau baru membuat keputusan membenarkan anak divaksinasi digalakkan mengambil peluang tersebut.
Beliau berkata bagi kanak-kanak yang akan mencapai umur lima tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Dr Noor Azmi berkata pembukaan program vaksinasi itu adalah bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022. - Gambar fail
Tahfiz perlu turut dalami ilmu sains dan teknologi - Abang Johari
Tahfiz tidak seharusnya terhad kepada pengajian berkaitan agama saja, tetapi juga perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains serta teknologi.
Jasad pendaki Malaysia selamat dibawa turun dari Gunung Denali, Alaska
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Ahad berkata jasad pendaki itu kini berada di pejabat kesihatan tempatan menunggu untuk dibedah siasat.
Lima projek mitigasi banjir berkos RM247 juta dilaksanakan di SPS
Lima projek mitigasi banjir jangka pendek dan jangka panjang sedang dan akan dilaksanakan di daerah Seberang Perai Selatan.
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes buang kucing dalam sungai
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong.
Penuntut UiTM nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain.
Kerajaan sedia pelbagai inisiatif bagi majukan TVET - Ahmad Zahid
Kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif untuk memajukan Pendidikan dan Latihan dan Teknikal Vokasional (TVET) di negara ini.
Nahas helikopter TLDM: Keluarga Muhammad Firdaus terima dengan hati terbuka laporan akhir
Keluarga Allahyarham Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter TLDM menerima dengan hati terbuka laporan akhir siasatan.
Ibu hamil maut kemalangan motosikal
Pihak hospital memaklumkan mangsa dan anak dalam kandungannya disahkan meninggal dunia manakala suami mangsa tidak mengalami kecederaan.
Enam MP Bersatu gugur keahlian, terlucut kerusi Parlimen - Wan Fayhsal
Keahlian enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim telah tergugur secara automatik.
AWANI Ringkas: Syarikat kapal milik Israel di Iskandar Puteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.