PUTRAJAYA: Ibu bapa dan penjaga boleh membawa anak masing-masing untuk mendapatkan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) secara jumpa terus di pusat pemberian vaksinasi (PPV) terpilih bermula 1 Mac ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan hari ini berkata Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mengeluarkan senarai PPV berkenaan melalui laman sesawang JKN masing-masing dalam masa terdekat.
"Ibu bapa serta penjaga disaran menyemak terlebih dahulu senarai PPV yang melaksanakan vaksinasi secara jumpa terus ini dan mengambil kesempatan mendapatkan vaksin untuk anak-anak mereka semasa cuti sekolah," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (CITF-C).
PICKids bagi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun bermula sejak 3 Feb lepas dan sehingga semalam, seramai 661,752 kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin.
Dr Noor Azmi berkata purata vaksinasi kini adalah sekitar 50,000 dos sehari dan sekiranya kapasiti tersebut ditingkatkan sebanyak 60,000 sehari, sasaran 70 peratus kanak-kanak menerima satu dos boleh dicapai pada akhir Mac ini.
Beliau berkata negeri dengan liputan kadar vaksinasi tinggi ialah Sarawak 34.7 peratus, diikuti Melaka 31.6 peratus, Pulau Pinang (25.7 peratus), Perak (24.4 peratus), manakala negeri yang masih belum mencapai liputan 10 peratus ialah Kelantan (6.1 peratus), Terengganu (7.5 peratus) dan Sabah (8.9 peratus).
Menurutnya PICKids menyasarkan 3.6 juta kanak-kanak berumur lima hingga bawah 12 tahun menerima vaksin COVID-19 sebagai persediaan pembukaan sekolah bagi mengurangkan risiko jangkitan serta mencegah kejadian kluster dan kes di sekolah.
Dr Noor Azmi berkata hanya vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech diberikan di bawah PICKids dan mereka akan menerima dua dos vaksin dalam sela masa lapan minggu bagi memastikan perlindungan yang optimum.
Katanya Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengaktifkan sistem tempahan janji temu di dalam aplikasi MySejahtera secara berperingkat hari ini untuk mendapatkan janji temu vaksinasi bermula 7 Mac ini.
"Melalui kaedah ini ibu bapa dan penjaga boleh memilih tarikh, masa dan pusat pemberian vaksin yang bersesuaian," katanya.
Langkah membuat janji temu boleh diperoleh di pautan https://covid-19.moh.gov.my/vaksin-covid-19/pickids/semasa/2022/02/langkah-langkah-mendapatkan-janji-temu-vaksinasi-pickids-melalui-mysejahtera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Ibu bapa dan penjaga boleh membawa anak masing-masing untuk mendapatkan vaksin di bawah PICKids secara jumpa terus di pusat pemberian vaksinasi (PPV) terpilih bermula 1 Mac ini. - Gambar hiasan/Sinar Harian
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
397 kanak-kanak terima dos pertama di hari pertama kempen khusus PICKids
Kempen khusus PICKids dibuka semula bagi tempoh lima hari dari 20 hingga 24 Jun sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.
PICKids: Pemberian vaksin dibuka 5 hari bermula esok
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) akan dibuka selama lima hari mulai esok.
KKM buka semula PICKids percuma 20-24 Jun ini - Dr Noor Azmi
KKM akan membuka semua klinik kesihatan di seluruh negara untuk memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids yang lalu.
Vaksin COVID-19: 34.5 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,223,569 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sebanyak 1,201,196 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,191,976 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap divaksin.
PICKids: Kanak-kanak berusia 5 tahun selepas 31 Mei di Sabah boleh dapat vaksin percuma
Kanak-kanak di Sabah yang berusia 5 tahun selepas 31 Mei 2022 masih boleh mendapatkan vaksin percuma di klinik kesihatan atau klinik swasta.
Vaksin COVID-19: 1.2 juta kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,171,888 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.
Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.
Vaksin COVID-19: Hampir 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Seramai 1,166,385 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap divaksin.