KUALA LUMPUR : Mesyuarat COVID-19 Immunisation Task Force (CITF-C) memutuskan 15 Mei 2022 sebagai tarikh akhir pemberian dos 1 Vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), ujar Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Sehubungan itu bermula 16 Mei ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak lagi menawarkan dos 1 vaksin COVID-19 jenis Comirnaty dan CoronaVac kepada kanak-kanak yang telah berusia 5 hingga bawah 12 tahun.
Jelasnya, berikutan trend permintaan vaksinasi ibu bapa atau penjaga terhadap kanak-kanak yang semakin menurun, KKM telah mengkaji semula tempoh pelaksanaan PICKids.
"Permintaan vaksinasi yang rendah boleh menyebabkan pembaziran vaksin yang tinggi. Bagi mengelakkan pembaziran vaksin Comirnaty kanak-kanak yang tidak digunakan dalam tempoh 6 bulan selepas dikeluarkan oleh pengilang, penetapan tarikh akhir dos 1 perlu dibuat," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sehingga 12 April 2022, seramai 1,371,120 atau 38.6 peratus kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin COVID-19 dan 195,865 telah menerima 2 dos vaksin COVID-19 dengan purata pemberian vaksin Dos 1 sekitar 4,500 dos sehari semenjak 7 hari yang lalu.
Justeru, katanya, ibu bapa kepada kanak-kanak yang belum menerima Vaksin COVID 19, perlu membuat keputusan mengenai vaksinasi COVID-19 sebelum 15 Mei 2022.
"Selepas tarikh ini, vaksin COVID-19 kanak-kanak jenis Comirnaty tidak lagi ditawarkan di mana mana fasiliti kesihatan awam dan swasta di Malaysia. Manakala vaksin Coronavac pula hanya boleh diperolehi dengan bayaran di fasiliti swasta," tambahnya.
Walau bagaimanapun, keputusan ini tidak melibatkan vaksinasi bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2017 dan belum mencapai usia 5 tahun pada 15 Mei 2022.
"Kanak-kanak dalam kategori ini boleh mendapatkan vaksinasi COVID-19 dengan mendaftar dalam Aplikasi MySejahtera. Perincian mengenai vaksinasi kumpulan ini akan diperjelaskan dalam masa terdekat," ujar beliau lagi.
Dalam pada itu, Mesyuarat CITF-C turut bersetuju membuat pindaan pada Borang Persetujuan Suntikan Vaksin COVID-19 untuk Kanak-kanak bawah 18 tahun.
Borang baharu ini tidak lagi mempunyai klausa; "Saya bertanggungjawab ke atas risiko yang mungkin berlaku kepada kanak-kanak akibat keputusan/tindakan saya ini kerana manfaat vaksin adalah jauh lebih baik daripada kesan sampingannya”.
Pengguguran klausa ini bertujuan mengelakkan kekeliruan dan menzahirkan amalan sedia ada yang mana KKM tidak pernah mengabaikan dan sentiasa bersedia menyediakan bantuan kesihatan yang sewajarnya apabila berlaku kesan sampingan yang berkaitan akibat penerimaan vaksin.
Astro Awani
Wed Apr 13 2022

Mesyuarat COVID-19 Immunisation Task Force (CITF-C) memutuskan 15 Mei 2022 sebagai tarikh akhir pemberian Dos 1 Vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids), ujar Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

AWANI Ringkas: Bantuan awal RM500,000 kepada mangsa banjir - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Ibu maut ditikam anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

COVID-19: Peru kuatkuasakan semula pemakaian pelitup muka
Keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.

COVID-19: 1,918 kes baharu, lapan kematian direkod
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,784 kes.

Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.

Presiden Singapura positif COVID-19
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.

Ekonomi ASEAN diunjur tumbuh 4.9 peratus tahun ini
Keberkesanan program vaksinasi membolehkan pembukaan semula negara-negara anggota kesatuan terbabit, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Kes baharu harian COVID-19 meningkat 6.1 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.