awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Amerika Syarikat adakan rundingan damai dengan Iran
MALAYSIA
Unifi Business bakal lancar program 'Impak Biz', bantu PMKS ukur digitalisasi
MALAYSIA
Kadar kesuburan negeri paling rendah, LPPKN Pulau Pinang laksana advokasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pihak berkuasa UK kenakan perintah larangan aset keluarga, proksi Allahyarham Tun Daim

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
25/06/2025
05:21 MYT
Sponsor Banner
Pihak berkuasa UK kenakan perintah larangan aset keluarga, proksi Allahyarham Tun Daim
Azam bercakap dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini pada Rabu. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pihak berkuasa United Kingdom (UK) bersetuju dengan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengenakan perintah larangan (restraining order) terhadap sejumlah aset dan harta milik keluarga dan proksi yang dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, dianggarkan berjumlah RM700 juta.

Ringkasan AI
  • Pihak berkuasa UK bersetuju dengan permohonan SPRM untuk mengenakan perintah larangan ke atas aset bernilai sekitar RM700 juta yang dikaitkan dengan keluarga dan proksi Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
  • SPRM telah membekukan tujuh hartanah dan satu akaun bank, termasuk tiga kediaman mewah di London bernilai 132 juta pound, atas dakwaan pengubahan wang haram di bawah Akta AMLATFPUAA 2001.
  • Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung sementara perintah pembekuan, namun SPRM menegaskan ia masih berkuat kuasa dan menunggu prosiding mahkamah lanjut pada 9 Julai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, persetujuan itu diterima semalam selepas SPRM memohon pindaan terhadap beberapa perincian perintah larangan di mahkamah pada 26 Jun lalu.
“Susulan permohonan itu, kita maklumkan kepada pihak berkuasa UK dan semalam (Selasa), mereka memfailkan perintah sama di sana. Ini satu perkembangan baharu kerana mereka bersetuju dengan permohonan SPRM dan kes ini akan diteruskan di mahkamah UK,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM di sini pada Rabu.
Sebelum ini, SPRM dilaporkan membekukan tujuh hartanah dan satu akaun bank yang dikaitkan dengan isteri Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid dan ahli keluarga lain.
Ia termasuk tiga kediaman mewah di London dengan nilai keseluruhan dianggarkan 132 juta pound (RM758.2 juta).
Hasil siasatan dijalankan SPRM mendapati harta alih dan tidak alih itu adalah perkara atau keterangan yang berhubung dakwaan suatu kesalahan bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Sementara pada Isnin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menggantung sementara perintah membekukan tujuh hartanah termasuk tiga kediaman mewah di London serta satu akaun bank didakwa milik isteri Daim dan keluarga oleh SPRM.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan menggantung perintah itu sementara, selepas membenarkan permohonan dibuat peguam Na'imah, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar.
Mengulas mengenai perintah penggantungan sementara itu, Azam berkata pembekuan aset masih berkuat kuasa kerana penggantungan itu belum dimuktamadkan.
Tambahnya, SPRM akan menunggu prosiding mahkamah pada 9 Julai ini melibatkan tujuh pihak termasuk Yayasan Ilham yang memohon menjadi pencelah.
Topic Berkaitan
#SPRM
#Azam Baki
#Daim Zainuddin
#pengubahan wang haram
#United Kingdom
#aset
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami