BANDAR PERMAISURI: Seorang pemandu lori didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Setiu di sini hari ini setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand bernilai RM28,470 tanpa kebenaran pada tahun lepas.
Abli Abdullah, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Ainis Abu Hassan Shaari yang turut memerintahkan 62 ekor kambing tersebut dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan.
Lelaki itu didakwa memindahkan kesemua kambing berkenaan menggunakan lori jenis Hino tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu atau mana-mana pihak berkuasa veterinar, kira-kira 11.15 malam di tepi jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu pada 13 Okt 2022.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Perenggan i (b) Perintah Menteri Besar bagi Kawalan Penyakit Kuku Dan Mulut Dan Hawar Berdarah bagi Negeri Terengganu yang diwartakan di bawah Subseksyen 36(1) Akta Binatang 1953 dan boleh dihukum mengikut Subseksyen 36(7) akta sama yang membawa denda maksimum RM15,000.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Mohd Shahihan Mohd Tahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 02 2023
Majistret Ainis Abu Hassan Shaari yang turut memerintahkan 62 ekor kambing tersebut dilucutkan hak dan wang hasil jualan ternakan menjadi hasil kerajaan. - Gambar hiasan
Makanan, destinasi pelancongan Malaysia dipromosi di Universiti Islam Madinah
Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi (Persada) cawangan Universiti Islam Madinah mengambil kesempatan mempromosikan budaya, makanan, destinasi pelancongan dan institusi pendidikan Malaysia.
Ringgit dinilai secara tidak adil berbanding dolar AS - Timbalan Gabenor BNM
Penilaian begitu tidak mengambil kira prestasi mata wang secara keseluruhan, kekukuhan dan asas-asas ekonomi negara dan prospek masa depan.
Seorang maut, dua cedera nahas dua lori treler
Identiti mangsa yang maut belum dapat dikenal pasti manakala yang cedera ialah Berudie Nyalai, 24 tahun, dan Saberi, 36 tahun.
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Bekalan ternakan untuk Aidiladha mencukupi
Bekalan ternakan hidup seperti lembu dan kerbau tempatan bagi penyembelihan sempena Aidiladha pada Khamis ini dijangka mencukupi dan memenuhi keperluan, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
18 ekor kambing rentung
Kejadian jam 12.57 pagi tadi turut memusnahkan sebuah kandang kambing berkeluasan 10 meter x 12 meter.
Pindah 62 ekor kambing tanpa kebenaran, pemandu lori didenda RM10,000
Seorang pemandu lori didenda RM10,000 setelah mengaku bersalah memindahkan 62 ekor kambing disyaki dari Thailand tanpa kebenaran.
Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan
Tradisi memasak bubur lambuk kambing diteruskan
Ular sawa 80kg kenyang telan kambing
Kehadiran reptilia sepanjang enam meter dan seberat 80kg ditemui pemilik kambing di dalam kandang.
35 ekor kambing rentung dalam kebakaran kandang
Bagaimanapun, 22 ekor lagi kambing yang berada di dalam kandang itu berjaya diselamatkan.
Kawasaki cipta robot berbentuk kambing
Syarikat itu ingin mengembangkan lagi Bex bagi membolehkannya digunakan di kilang pembuatan, tapak pembinaan serta ladang.
Polis tahan dua lelaki, rampas 50 ekor kambing seludup
Kedua-dua lelaki yang juga pemandu dan kelindan lori itu dikesan kerana memandu lori dalam keadaan mencurigakan.
Dulu dibaham harimau kumbang, kali ini ditelan pula ular sawa 180kg
Ia merupakan kejadian kedua dalam tempoh sebulan selepas tujuh ekor kambing miliknya dibaham harimau kumbang pada awal Disember lalu.
Persetubuhan luar tabii dengan kambing betina, warga emas dipenjara enam tahun
Kejadian itu disedari seorang wanita yang terdengar bunyi mengembek dari kandang kambing yang terletak di belakang rumahnya.